Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

MCA Lulus Resolusi Bubar...

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung MCA ke-65 sebulat suara meluluskan resolusi untuk memberi...

Boeing Terima Tempahan 37...

KUALA LUMPUR - Boeing menerima tempahan untuk 22 helikopter Apache dan 15 Chinook...

China Boleh Main Peranan...

MANILA - China boleh memainkan peranan yang lebih besar dalam megendurkan ketegangan yang...

Presiden Baharu PBNJ Kena...

KUALA LUMPUR - Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail...

Sungai Batu Akan Diberi Tumpuan Tarik Pelancong

ALOR SETAR – Kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan bagi membangunkan kompleks arkeologi Sungai Batu di Lembah Bujang yang berusia lebih 2,000 tahun agar menjadi kawasan pelancongan terkemuka di Asia Tenggara.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan, Warisan dan Kerja Raya Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata ini kerana pembangunan kawasan bersejarah itu kelak akan menjadi pemangkin kepada perkembangan sektor pelancongan yang sedia ada di negeri ini khususnya di tanah besar.

“Seperti yang kita beritahu sebelum ini, kita dalam proses untuk menubuhkan sebuah yayasan bagi mengawasi pengurusan dan pembangunan di Sungai Batu seperti Candi Borodor di Indonesia dan Angkor Wat di Thailand yang diuruskan oleh badan bebas yang tersendiri,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Persidangan Industri Pelancongan Wilayah Utara Kedah, di sini, hari ini.

Pada 23 Mei tahun lalu, kompleks arkeologi itu melakar sejarah negara dan Asia Tenggara apabila diisytihar secara rasmi sebagai tamadun terawal dan tertua di rantau ini.

Acara bersejarah itu diabadikan melalui penyerahan plak pengisytiharan oleh pakar arkeologi daripada Universiti Oxford, Prof Dr. Stephen Oppenheimer kepada Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global di Universiti Sains Malaysia Prof Datuk Dr Mokhtar Saidin.

Sejak menjalankan kajian di Sungai Batu, pasukan arkeologi USM telah membuat beberapa penemuan penting seperti relau melebur besi, jeti pelabuhan serta bangunan pentadbiran.


Bagaimanapun penemuan terpenting adalah monumen bulatan yang disahkan telah dibina pada tahun 110 Masihi iaitu 1,900 tahun dahulu menggunakan teknik “Optically Stimulated Luminescence” (OSL) yang berkemungkinan berfungsi untuk tujuan ibadat bagi penganutnya yang mengamalkan kepercayaan animisme.

Turut ditemui beberapa tinggalan kapal purba di sungai kuno yang pernah mengalir di kawasan bersejarah itu ribuan tahun dahulu.

Persidangan selama dua hari bermula hari ini tersebut merupakan anjuran kerajaan negeri dan Tourism Malaysia bertujuan melihat prospek pelancongan yang kian berkembang di beberapa daerah, khususnya Kubang Pasu, Pendang, Yan dan Alor Setar.

Persidangan dihadiri kira-kira 70 pengusaha calet dan hotel serta ejen pelancongan di negeri ini. – BERNAMA

Kategori