Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Nasi Lemak Pun Boleh...

LAZAT... Sempat tular menerusi media sosial di seluruh dunia sebelum ini mengenai cadar...

Abang Kesal Ada Pihak...

GOPENG - Abang kepada peserta Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan, 29,...

“Dakwaan Najib Arah Keluar...

KENYATAAN penuh Presiden Pertubuhan Jalinan Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil mengenai perbicaraan Najib. Semalam beberapa...

Pelbagai Acara Sambut Gerhana...

JAKARTA - Pelbagai acara diatur sempena gerhana penuh matahari yang akan dapat disaksikan...

Suntikan Vitamin C Banyak Keburukan Dari Kebaikan

KEBANYAKAN wanita ingin mempunyai kulit yang putih. Bagi golongan ini, kulit putih dianggap akan membuatkan mereka kelihatan cantik dan menarik.

Antara salah satu cara singkat untuk mendapatkan kulit yang putih mulus ialah dengan mendapatkan suntikan vitamin C.

Tapi tahukah wanita sekalian bahawa suntikan vitamin C adalah dilarang serta tidak dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?

Ini kerana ianya akan mendatangkan banyak kemudaratan daripada kebaikan.  Antara kemudaratannya ialah jangkitan pada kulit dan salur darah serta akan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.

Dah banyak sangat klinik yang menawarkan servis suntikan vitamin C ini. Anda pula dengan perasaan teruja terus tergoda dengan servis tersebut.

Untuk pengetahuan, suntikan vitamin C adalah tidak dibenarkan dijual di Malaysia dan tiada sebarang produk vitamin C yang berdaftar di Malaysia.

Jadi apa sebenarnya yang disuntik ke dalam badan anda? (Jika anda sudah mengambil suntikan vitamin C tersebut?)

Seorang doktor, Dr. Khairul Hafidz di akaun twitternya @khairul_hafidz ada menerangkan serba sedikit maklumat dan fakta berhubung suntikan vitamin C untuk makluman anda.


Produk kosmetik yang bertujuan untuk mencerahkan kulit juga dikesan mengandungi bahan terlarang. Bahan itu dikesan mengandungi campuran bahan racun dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952.

Bukan mudah untuk cantik. Memang orang kata beauty is pain. Tapi sanggupkah anda menderita  di kemudian hari gara-gara jalan mudah yang telah anda pilih?

Sebelum ini pun dah kecoh tentang kesan sampingan pengambilan vitamin C. Tapi masih ramai lagi yang tak sedar dan masih mahu cantik dengan cara mudah dan membahayakan diri sendiri.

Renung-renungkan dan selamat cantik! – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ainaa Hafizah

Kategori