Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Rahsia Cantik J.Lo: TAK...

RABAT — Penyanyi dan aktres seksi Amerika Syarikat (AS), Jennifer Lopez atau J.Lo...

Ungkapan ‘Done’ Selepas Masak...

KUALA LUMPUR - Pelakon, Datin Paduka Eina Azman, tidak menyangka ungkapan spontan ‘done’...

Isu Penamatan Kontrak Kem...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan akan membawa isu penamatan kontrak pengusaha kem...

Sukarelawan 1M4U Di 140...

PUTRAJAYA - Program Sukarelawan Sekolah Malaysia 1M4U, yang dilaksanakan melalui kerjasama 1Malaysia For...

Suspek Kes Bunuh Ahli Perniagaan Sedang Dikesan

BAGAN SERAI – Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian bunuh seorang ahli perniagaan di Taman Wawasan di Parit Buntar,  setelah tiga saksi tampil memberi keterangan.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata berdasarkan keterangan yang diberikan saksi, polis yakin akan dapat mengesan suspek yang terlibat.

“Namun setakat ini tiada suspek yang ditahan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah Kerian DSP Sanusi Salleh serta 270  anggota polis termasuk pegawai.

Ahli perniagaan itu maut selepas ditikam pada bahagian perut ketika mempertahankan  rantai emas isterinya daripada diragut dua suspek bermotosikal pada 6.30 petang, 6 Julai lalu.


Mangsa yang dikenali sebagai Yeap Ah Kang @ Bak Seng, 73, meninggal dunia  ketika dalam perjalanan pulang manakala isterinya Teow Siew Gaik, 67, cedera ringan. – BERNAMA

Kategori