Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Rumah Panjang Yang Usang...

KUALA LUMPUR - Rumah-rumah panjang di bawah pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)...

Penyanyi Era 80-an Famieza...

KUALA LUMPUR - Penyanyi era 80-an, Famiza Zulkifli atau nama komersialnya, Famieza meninggal...

3 Exco Pulau Pinang...

GEORGE TOWN - Tiga Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang hadir di pejabat Suruhanjaya...

PAS Hadapi Cabaran Besar...

MUADZAM SHAH - PAS menghadapi cabaran besar untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada...

Suspek Tipu RM224,500 Dicari Polis

SERI ISKANDAR – Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang wanita bagi membantu satu kes penipuan pada 2013 membabitkan kerugian RM224,500 terhadap seorang pesara kerajaan.

Dalam kejadian 10 November 2013 itu, mangsa yang juga wanita berusia 56 tahun dipercayai ditawarkan pelaburan koperasi yang tidak pernah wujud bagi pembelian peralatan dan mesin untuk keperluan pelajar di sebuah institut pendidikan di Sungai Petani, Kedah.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, suspek dikenali sebagai Norsalawati Mohd Ali berusia 43 tahun yang alamat terakhirnya di Taman Nilam Fasa 2, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai bekas kakitangan institusi itu dan menawarkan pelaburan koperasi kepada mangsa sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM224,500.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di talian 05-3712222,” katanya. – myMetro Online

Kategori