Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Malaysia Pasaran Tepat Untuk...

KUALA LUMPUR - Malaysia adalah antara 'tujuh pasaran membangun yang berbaloi atau tepat...

Kes Positif Kluster Tawar...

JANGKITAN Covid-19 bagi Kluster Tawar meningkat kepada 55 kes positif, apabila lapan lagi...

Perbualan Zahid, Anwar Ada...

APABILA viral rakaman perbualan antara Zahid dan Anwar Ibrahim, itu angkara siapa? Kalau...

Polis Pastikan Keselamatan, Kelancaran...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan aspek keselamatan sepanjang Perhimpunan...

Syarikat Mexico Temui Telaga Minyak Baharu

MEXICO – Syarikat minyak Sierra Oil and Gas mengumumkan penemuan sebuah medan minyak di pantai tenggara Mexico, yang dianggarkan menyimpan rizab di antara 1.4 bilion dan 2 bilion tong.

Syarikat minyak Mexico itu dalam satu kenyataan berkata telaga Zama 1 yang terletak di Blok Tujuh, di luar pantai Tabasco didapati mengandungi jumlah simpanan minyak yang banyak ketika penggerudian kali pertama dilakukan.

Penggerudian telaga minyak yang terletak 60.5 kilometer dari pelabuhan Dos Bocas, Tabasco itu dimulakan 21 Mei lalu, pada kedalaman 166 meter.

Menurut kenyataan itu, platform penggerudian Ensco 8503 yang memiliki teknologi penerokaan paling canggih digunakan bagi menjalankan operasi di kawasan ini.


Sebaik sahaja penilaian sasaran utama selesai, operasi penggerudian akan dimulakan di kawasan sasaran kedua yang lebih dalam iaitu terletak pada 4,300 meter, kata kenyataan itu.

Penemuan terbaharu melibatkan Zama 1 adalah yang pertama dibuat di bawah Pembaharuan Tenaga Mexico dan merupakan penemuan paling penting di Teluk Mexico sejak beberapa tahun kebelakangan ini. – BERNAMA

Kategori