Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Beri Fokus Proses Pemulihan...

PUTRAJAYA - Pemuda Umno berpendapat Barisan Nasional (BN) tidak perlu bertanding di kerusi...

Buruh Binaan & Pengeluar...

KUALA LUMPUR - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memberi peringatan kepada mereka...

COVID-19 Di China, Angka...

BEIJING - Angka korban akibat COVID-19 meningkat kepada 2,592 di China, dengan jumlah...

Meninggal Selepas Sertai Ops...

KUALA TERENGGANU - Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meninggal dunia sebaik...

Tak Berbaju… ‘Superman Malaysia’ Dikecam Lagi!

SEKALI lagi Superman Malaysia dikecam oleh netizen! Kali ini gambar bersama anaknya pula. Artis ini tidak pernah lari daripada isu ‘baju’.

Faizal Tahir tidak mahu mengambil endah tentang kritikan netizen terhadapnya kerana sering tidak berbaju. Penyanyi ini sekali lagi dikecam kerana berkongsi sekeping gambar tidak berbaju di laman Instagramnya (IG) baru-baru ini.

“Sejujurnya, tiada apa yang harus diperkatakan mengenai perkara itu kerana sebelum ini saya pernah buka baju dan satu Malaysia tengok di TV.

“Biarlah mereka berdebat kerana bagi saya gambar tersebut tidak mempunyai apa-apa masalah.

“Sewaktu saya mengambil gambar itu, saya tengah pakaikan ihram dalam bilik air sebelum mengajak anak mengambil gambar bersama,” ujarnya kepada Astro Gempak.


Kenyataan tersebut dikatakan oleh Faizal Tahir ketika ditemui di majlis sidang media Program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), di Hotel Impiana, KLCC, semalam.

“Setakat tunjuk separuh badan semasa ihram bagi saya tiada masalah kerana bukannya saya buka seluar ataupun berbogel dan ia bukan aurat,” tambahnya lagi.

Faizal Tahir turut menambah bahawa melalui komen-komen tersebut, dia boleh melihat pemikiran peminatnya yang positif, negatif dan tak kurang juga pemikiran yang cetek. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • s

Kategori