Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Keluar DAP, David Bertanding...

BUTTERWORTH: Bekas Ketua Cawangan DAP Batu Kawan, David Marshel, yang keluar daripada parti...

Bekas Suami Ajak Rujuk...

PETALING JAYA - Produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman memberitahu masih lagi dalam...

Sila Hormat! Mourinho Bertikam...

JOSE Mourinho bertikam lidah dengan wartawan semasa sidang media pasca perlawanan susulan kekalahan...

Babi Hutan Mengganas Di...

SINGAPURA - Kisah babi hutan bebas berkeliaran mencari makanan di republik ini bukan...

Tak Boleh Bawa Mekap, Buah Di Hong Kong?

HONG KONG – Wartawan yang membuat liputan lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ketika perarakan tentera kebangsaan di sini semalam dilarang membawa 14 kategori barangan.

Ini termasuk segala jenis mekap dan buah kerana produk terbabit disenaraikan sebagai ‘berbahaya’ untuk sepanjang hari tersebut, menurut laporan media tempatan.

Jinping melawat lapangan terbang Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) di Hong Kong – antara acara paling dinantikan sempena 20 tahun penyerahan semula bandar itu kepada China oleh Britain.

Menjelang perarakan, wartawan diberi arahan bertulis butiran langkah keselamatan termasuk 14 kategori ‘akeseori terlarang.’

Ada yang tidak menghairankan seperti senjata, pemetik api serta pisau. Namun bahan lain yang lebih pelik turut dikhususkan.

Sianida, candu, morfin serta heroin dilarang, juga haiwan, tumbuhan, makanan, minuman dan buahan, malah alat kosmetik serta deodoran kerana mengandungi cecair.


Lebih menyukarkan untuk wartawan, pen turut dilarang.

Payung dilarang dalam kategori berbeza kerana simbolik pergerakan demokrasi bandar itu pada 2014 yang digelar ‘Revolusi Payung.’ – AFP/myMetro Online

Kategori