JIJIK! Itulah yang boleh digambarkan apabila seorang bapa tergamak merogol anak kandungnya sendiri.
Kejadian tersebut berlaku petang semalam di Kampung Tasek Badang dekat Kota Bharu, Kelantan.
Pada mulanya mangsa yang berusia 14 tahun menuju ke dapur untuk mandi sebelum mendapati bapanya menghampirinya dari arah belakang yang kemudian mengheret mangsa.
Malang sekali bagi si anak apabila kejadian tersebut tidak disedari ibunya yang tiada di rumah pada ketika itu.
Kerana tubuh badan yang masih kecil, dia tidak dapat melawan kerana si bapa durjana telah mengugut untuk memukul mangsa jika dia menjerit.
Jijik dengan perlakuan bapanya, mangsa kemudian mengadu kepada ibunya.
Mangsa juga mendedahkan sebelum ini bapanya pernah meraba alat sulitnya beberapa kali sebelum kejadian rogol tersebut berlaku.
Dipetik daripada Sinar Harian Online, remaja itu kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kelantan untuk pemeriksaan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, hasil daripada siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa, suspek berusia 40 tahun itu yang juga merupakan pekerja buruh telah berjaya ditahan. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: Ainaa Hafizah