PERKAHWINAN adalah ikatan suci penyatuan cinta dua insan yang saling berkongsi rasa yang sama.
Setiap pasangan pastinya mengimpikan perkahwinan yang dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Namun, perkongsian seorang netizen di laman mikro Twitter ini benar-benar membuka mata setiap orang di luar sana sehinggakan ia menjadi trending di media sosial itu sejak akhir-akhir ini.
Pengguna Twitter yang hanya menggunakan pengenalan diri sebagai a4 itu menceritakan kisah ‘tragis’ seorang rakan perempuannya yang tak sampai sebulan berkahwin telah diceraikan hanya kerana gara-gara sang suami tidak suka melihat isterinya tidak bermekap.
Terkejut dengan pengakuan rakannya itu, a4 berkongsikan rentetan kisah tersebut di laman sosialnya menerusi satu thread yang setakat ini sudah diulang kicau (retweet) sebanyak lebih daripada 21,000 kali.
Nah, anda baca sendiri kisah rakannya yang sungguh menyayat hati ni… Ingatkan masjid yang dibina berkekalan hingga ke jannah, tapi tak disangka hujan di tengah hari hanya kerana alasan yang remeh temeh.
Member aku baru kahwin lepas raya haritu. And harini aku dapat tau yang Khamis haritu depa pi mahkamah fail cerai…..
— a4 (@eatdatpaper) 7 July 2017
Jika betul-betul sayangkan pasangan, seharusnya lelaki dalam cerita ini perlu menerima seadanya pasangannya, ini tidak hanya kerana tidak sukakan isteri tidak menggenakan mekap sentiasa, dia telah sanggup melafazkan talak.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat setiap pasangan muda di luar sana. Sentiasalah bertolak ansur di antara satu sama lain agar kerukunan rumah tangga dapat sentiasa dipelihara dan kekal harmoni. – MYNEWSHUB.CC
Video tak berkaitan dengan artikel.