Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dua Ditahan Cuba Masuk...

Polis semalam menahan dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara, dengan sebilah parang...

12 Kawasan Diramal Catat...

Kuala Lumpur : Sebanyak 12 kawasan di empat negeri diramalkan mengalami suhu panas...

Kedah Beri Imbuhan Kepada...

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah akan memberi imbuhan kepada Mohd Faiz Subri atas...

JAKOA Diharapkan Kekal Di...

KLUANG - Kerajaan negeri Johor berharap Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dapat dikekalkan...

Tanah Wakaf Sedia Khidmat Percuma Kepada Asnaf

JOHOR BAHRU – Golongan asnaf berpeluang menerima perkhidmatan kesihatan secara percuma dengan penubuhan sebuah kompleks perubatan pakar swasta, Hospital Pakar Kencana di sini.

Pengerusi Eksekutif Hospital Pakar Kencana Datuk Ahmad Raziff Abu Bakar berkata hospital yang dijangka siap pada 2020 itu bukan sahaja merawat golongan asnaf tetapi juga memberikan rawatan kepada masyarakat berbilang bangsa dan agama dengan caj perkhidmatan lebih murah berbanding hospital swasta lain.

“Kerajaan sudah mempunyai pelbagai dasar yang membantu masyarakat terutamanya mereka yang kurang berkemampuan dengan pemberian bantuan sara hidup seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia misalnya, jadi kita di pihak swasta pula mahu memberikan bantuan dengan cara  berbeza menerusi  bantuan kesihatan.

“Bila kita dengar hospital swasta sahaja, perkara pertama yang orang fikir tentunya bayaran perkhidmatan mahal, tetapi tidak di Hospital Pakar Kencana ini. Secara tidak langsung kita juga membantu meringankan beban hospital-hospital kerajaan,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata projek itu juga selaras dengan visi dan misi kerajaan negeri Johor di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mahu menjadikan negeri berkenaan hab perubatan dan mempromosikan pelancongan kesihatan dalam memastikan rakyatnya mendapat perkhidmatan kesihatan terbaik.

Hospital itu dibangunkan dengan kerjasama Perbadanan Islam Johor  dan Kencana Healthcare Sdn Bhd (KHSB) di atas tanah wakaf seluas 2.2 hektar milik Majlis Agama Islama Negeri Johor dengan nilai pembangunan RM600 juta.

Ahmad Raziff berkata dasar dan pendekatan yang dilakukan kerajaan negeri dalam memastikan tanah wakaf di Johor dibangunkan menerusi kerjasama pihak swasta juga sangat dialu-alukan.


“Saya juga berharap kerajaan pusat turut mengambil langkah sama bagi membangunkan tanah wakaf yang ada di negara ini secara lebih komersial.

“Sebelum ini apabila sebut mengenai tanah wakat ramai yang hanya tertumpu kepada wakaf kubur, tapak bazaar, rumah ibadat, kawasan parkir dan lain-lain. Jadi kita mengambil pendekatan ini untuk membangunkan tanah wakaf ke peringkat lebih komersial dan memberi impak menyeluruh kepada golongan asnaf dan umat Islam,” kata beliau.

Ahmad Raziff turut melihat projek seumpama sebagai pendekatan ‘menang-menang’ kepada semua pihak berkaitan termasuk kerajaan.

Menurutnya di Johor sahaja terdapat  kira-kira 7,000 hektar tanah wakaf dan pembinaan hospital itu hanya 0.3 peratus daripadanya, sekali gus memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk membangunkan baki tanah dengan projek berimpak tinggi. – BERNAMA

Kategori