Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pembedahan Plastik Untuk Binatang...

TIDAK cukup dengan pembedahan plastik untuk manusia di Korea Selatan, kini menjadi trend...

Hanya SK Seri Banai...

JITRA - Hanya sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Banai dekat sini yang...

Tak Sempat Ke UMS...

Beberapa jam selepas memuatnaik gambar beliau dalam penerbangan untuk menyertai program dalam Jelajah...

Rumah Hanyut Ke Jalan...

Ketika musim banjir, pelbagai perkara di luar dugaan kadang-kadang boleh berlaku terutama di...

Tarikh Demokrasi Tewaskan Keganasan Wajar Dikenang

KUALA LUMPUR – Tarikh 15 Julai 2016, yang menyaksikan demokrasi berjaya menewaskan keganasan, perlu diingati sampai bila-bila, agar keberanian wira yang sanggup berkorban nyawa menentang cubaan rampasan kuasa tentera di Turki, tidak sia-sia.

Duta Besar Turki di Malaysia Basak Turkoglu berkata amat penting bagi generasi akan datang, bukan sahaja di Turki malah di seluruh dunia, tahu bahawa 250 nyawa telah terkorban serta lebih 2,000 yang lain cedera ketika mempertahankan demokrasi daripada ‘tindakan keganasan paling buruk dalam sejarah Turki’ oleh Pertubuhan Pengganas Fethullah Gulen (FETO) .

“Kita tidak mahu tarikh 15 Julai dilupakan kerana ia tarikh kemenangan bagi demokrasi. Mereka (FETO) mencipta ancaman baharu dan Turki menjadi negara pertama yang menghadapinya.

“Saya fikir, ancaman seperti ini akan berterusan berlaku di beberapa negara lain,” katanya dalam satu taklimat kepada pihak media semalam, yang diadakan sempena ulang tahun pertama cubaan rampasan kuasa itu.

Menurut beliau, kehadiran FETO dikesan menerusi badan bukan kerajaan (NGO), sekolah, para pelobi, media dan syarikat di 150 negara.

Ketika mengulas mengenai sambutan ulang tahun pertama peristiwa itu, beliau berkata beberapa acara telah dirangka di Turki Sabtu ini, yang akan disertai Presiden Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Binali Yildirim, pemimpin pembangkang, serta rakyat negara itu.

Duta Besar itu juga memberi jaminan bahawa terdapat remedi undang-undang bagi menangani sebarang tindakan yang diambil di bawah Perintah Darurat melalui pelbagai saluran, antaranya tapisan oleh lembaga pentadbir di setiap institusi dan Suruhanjaya Siasatan yang diwujudkan di peringkat kebangsaan.

Suruhanjaya Siasatan yang ditubuhkan pada dua bulan lalu memberi peluang kepada mana-mana pihak yang tidak berpuashati dengan keputusan lembaga pentadbir, mengemukakan kes mereka ke Suruhanjaya Siasatan, bermula Isnin ini.

Tambahnya, keputusan yang dibuat adalah sah di sisi undang-undang, manakala rayuan selanjutnya boleh dibawa ke Mahkamah Perlembagaan Turki.

Suruhanjaya terdiri daripada tujuh anggota termasuk hakim, anggota Majlis Negara, serta pegawai kanan kerajaan.


“Sejurus selepas cubaan rampasan kuasa berlaku, ada di kalangan rakyat yang dibuang kerja dan banyak juga institusi yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas itu, ditutup.

“Jadi, peranan badan ini amat penting dalam memastikan prinsip dan kedaulatan undang-undang terjamin. Malah Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah turut mengiktiraf langkah yang diambil Turki ini dan dalam masa yang sama, hak asasi rakyat tidak dinafikan,” katanya.

Berikutan semakan yang dilakukan lembaga pentadbir di setiap institusi, seramai 34,000 kakitangan kerajaan (termasuk 399 hakim) telah dilantik semula dan setakat ini, 345 institusi dibuka semula, termasuk 187 persatuan, 21 yayasan, 93 institusi pendidikan swasta, enam saluran radio dan televisyen, 17 syarikat akhbar dan sebuah institusi kesihatan swasta.

Turkoglu bagaimanapun menafikan dakwaan Turki mengunakan Perintah Darurat, termasuk pemecatan kakitangan awam dan penutupan institusi, sebagai satu cara pembersihan politik terhadap pembangkang di negara itu.

Tegasnya, langkah yang diambil bertujuan untuk memantapkan kembali pentadbiran negara yang telah terdedah kepada unsur-unsur FETO selama lebih 40 tahun.

“Ini kerana terdapat ramai anggota dan penyokong FETO dalam institusi kerajaan, jika kerajaan tidak dapat mengeluarkan unsur-unsur tersebut, mereka akan menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara. Jadi itu adalah langkah yang perlu,” katanya ketika menjelaskan perlunya Perintah Darurat dilanjutkan di negaranya sehingga ke hari ini.

“Apabila wujud elemen yang menjejaskan kepentingan keselamatan negara dan elemen yang menjejaskan integriti dan keselamatan awam, setiap kerajaan atau negara berhak untuk mengambil langkah-langkah yang perlu. Turki hanya menggunakan haknya dalam erti kata itu,” tegasnya. – BERNAMA

Kategori