PUTRAJAYA – Sempena ulang tahun kemerdekaan ke-60 negara bulan depan, Pullman Putrajaya Lakeside menawarkan promosi menarik pada kadar RM60 merangkumi penginapan dan juga untuk menjamu selera.
Hotel lima bintang di tengah-tengah pusat bandar pentadbiran persekutuan itu menawarkan kadar RM60 untuk penginapan di 600 biliknya, tertakluk kepada kebolehsediaan, bagi meraikan Bulan Kebangsaan Ogos ini.
Selain itu, hotel tersebut juga menawarkan kadar RM60 untuk pengunjung kedua menjamu selera di restoran B’s sepanjang hari bagi tempoh 24 hingga 31 Ogos.
Tawaran eksklusif ini dibuka untuk tempahan pada 1 Ogos bermula 9 pagi sehingga semua slot terjual.
Tempahan hanya boleh dibuat menerusi www.accorhotels.com dan secara prabayar, serta tertakluk pada terma dan syarat. – BERNAMA