Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

2 Warga China Ditahan,...

KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga China ditahan selepas menyamar sebagai sami dan ejen...

Majlis Resepsi Fattah Amin,...

SELEPAS tiga bulan mendirikan mahligai bahagia, pasangan sama cantik sama padan, Fattah Amin...

Lucu! Baju Dan Seluar...

TERTAWA kecil kami dibuatnya apabila melihatkan gambar viral yang dikatakan berlaku di Medan...

Kerja Petik Buah Di...

PASTI ramai di kalangan kita pernah dengar tentang tawaran gaji lumayan dengan hanya...

Tel Aviv Terus Cari Peluang Rampas Masjidil Aqsa

INGAT! Walaupun ada 56 negara Islam dalam Pertubuhan Negara Islam (OIC) tidak semua pemimpin Islam berani mengkritik Israel dalam isu penindasan terhadap Palestin.

Sejak 1948, ketika pendatang Yahudi dibantu tentera British memulakan langkah membina negara Israel di Tel Aviv, serta selepas Perang Arab-Israel 1967 yang meluaskan wilayah pendudukan Israel ke Tebing Barat dan Bukit Golan, Israel tidak pernah takutkan mana-mana pemimpin Islam di seluruh dunia.

Setelah kalah perang Enam Hari itu, pada 1974, Mesir dan Jordan menandatangi Perjanjian Kem David dan mengiktiraf kewujudan Israel. Satu tindakan berikutan kekalahan Mesir di Semenanjung Sinai serta kekalahan Jordan di Tebing Barat.

Kegagalan negara-negara Arab bersatu memerangi Israel dalam perang 1968, membuatkan Mesir dan Jordan terpaksa mengiktiraf Israel.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan kempen kutukan politik terhadap Tel Aviv dalam isu menghalang umat Islam bersolat Jumaat di Masjidil Aqsa. Satu tindakan provokatif di mana untuk pertama kali sejak 1969, umat Islam dilarang memasuki Al Aqsa.

Untuk rekod, sejak 2003, Israel menghalang rakyat Palestin berusia bawah 40 tahun menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Sakra. Masjid utama di kawasan Masjidil Aqsa, kota ketiga paling suci dalam Islam selepas Mekah dan Madinah.

Terdapat empat masjid dalam kawasan suci ini dengan Al Sakra sebagai masjid terbesar. Masjidil Kubah Batu dengan simbol kubas emas dianggap kedua paling penting kerana ia tapak Nabi Muhammad bermikraj ke Sidatul Muntaha. Selain itu terdapat masjid Buraq yang lebih kecil serta Masjid Marwan yang dibina dari tapak tinggalan sejarah Masjid Jin binaan Nabi Sulaiman.


Israel pada Khamis menutup kawasan Masjidil Aqsa berikutan kejadian dua anggota polisnya terbunuh. Turut terkorban ialah tiga rakyat Palestin yang dalam satu insiden pertempuran bersenjata di pekarangan masjid suci itu.

Najib mengkritik Tel Aviv: “Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menutup masjid Al-Aqsa dan menafikan hak umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat.”

Sementara itu, Wisma Putra dalam menyokong ketegasan PM.

“Ini merupakan pertama kali sejak 1969 umat Islam dilarang menunaikan solat Jumaat dalam Masjid al-Aqsa.”

Kategori