Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Isu Orang Asli: Kerajaan...

IPOH - Satu pasukan khas akan dihantar ke Kampung Bunga Hilir di Belum,...

Bila Anak Tunjuk Bakat...

BIASANYA kalau kereta tercalar sikit pun, maka pemiliknya boleh jadi tak tidur malam...

Protes Trump Menerusi 3...

KHAN YUNIS - Pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Amerika Syarikat...

‘Selfie’ Depan Jenazah Ibu...

KISAH percintaan di antara pasangan selebriti, Zul Arifffin dan Zahirah Macwilson yang sebelum...

Tempoh Mohon E-Kad Memadai, Tiada Alasan Lanjut

JOHOR BAHRU – Tempoh yang diberikan kepada majikan untuk memohon kad sementara atau ‘enforcement card’ (E-Kad) yang membolehkan penggajian semula pekerja asing tanpa izin (PATI) adalah memadai.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata tempoh selama empat bulan itu memadai dan majikan yang menggunakan alasan tempoh pendaftaran E-Kad tidak mencukupi atau tidak mengetahui mengenai perkara itu, tidak boleh diterima sama sekali.

“Bila kita telah umumkan masanya adalah sehingga akhir bulan Jun, selepas itu (terpulang) pada dia (majikan) untuk ambil tanggungjawab. Sama ada dia cuai ataupun lewat (tiada alasan sebab), kita sudah banyak kali buat peringatan.

“Kita tidak hendak perkara jadi biasa kepada majikan untuk ambil pekerja yang tidak mempunyai dokumen yang sepatutnya seperti permit kerja,” kata beliau kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed di Kompleks Tan Sri Mohamad Rahmat di sini hari ini.

Menurut Alwi, majikan yang masih menggaji pekerja PATI diminta menyerahkan mereka ke Jabatan Imigresen untuk proses penghantaran pulang sebelum tindakan undang-undang diambil.


“Kita sudah sebut banyak kali tiada tempoh lanjutan, maknanya mereka kena serah pekerja yang tanpa izin kepada Jabatan Imigresen untuk dihantar balik,” kata beliau.

Bagaimanapun majikan masih boleh memohon pekerja asing secara sah menerusi atas talian. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Pati

Kategori