Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Mahu Rukun Negara...

PUTRAJAYA - Pendidikan Rukun Negara perlu dijadikan agenda teras kerajaan bagi memastikan Rukun...

Stadium Kurang Penonton, Penaja...

JOHOR BAHRU - Juara Liga Super Malaysia sebanyak lima kali berturut-turut Johor Darul...

Lelaki AS Bunuh Adik-Beradik,...

PHOENIX, Arizona – Seorang lelaki yang bergaduh dengan dua saudara lelakinya kerana isu...

Penyerang JDT Mengaku Berkawan...

PENYERANG bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Safawi Rashid mengakui sedang berkawan...

Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

KOTA KINABALU – Tindakan pantas anggota bomba dan penyelamat berjaya menyelamatkan seorang lelaki berusia 26 tahun dalam satu cubaan bunuh diri di sebuah flat di Telipok Ria, Tuaran, pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Asnan Led berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kejadian pada 5.10 pagi.

Katanya, satu jentera dengan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran dibantu seorang pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati lelaki yang tidak berbaju itu berada di bahagian tingkap rumah di tingkat empat blok flat itu,” katanya seperti yang dilaporkan sebuah akbar tempatan.

Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

Mangsa dipercayai cuba membunuh diri dengan mengunci pintu rumah dan cuba untuk menerjun dari tingkap biliknya.

“Kerja memujuk lelaki terbabit dilakukan dan pada masa sama seorang anggota turun menggunakan tali dari tingkat lima, sebelum menolak lelaki itu masuk ke dalam rumah.

Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri


“Lelaki berjaya diselamatkan pada 7.21 pagi,” katanya lagi.

Tambah Asnan, bagi mengelakkan lelaki tersebut bertindak lebih agresif pasukan penyelamat yang lain dengan kerjasama pihak polis segera merempuh pintu rumahnya dan menahan mangsa untuk tindakan lanjut.

Lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Kategori