Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jasad Mangsa Nahas Bas...

KUALA LUMPUR - Jasad 13 rakyat Malaysia mangsa nahas bas di Chiang Mai...

Perhimpunan Kuning, Merah, Hitam...

KUALA LUMPUR - Polis sekali lagi mengulangi bahawa perhimpunan Bersih 5.0 dan badan...

Dipenjara Seumur Hidup Rancang...

LONDON - Seorang lelaki Britain dijatuhi hukuman penjara seumur hidup semalam berhubung plot...

Tak Reti Isi Minyak,...

KUALA LUMPUR - Gara-gara perkongsian melalui Instagram (IG) Story mengenai insiden tidak tahu...

Terengganu Diminta Timbang Elaun Keraian Penghulu

KUALA TERENGGANU – Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia Negeri Terengganu sekali lagi memohon kerajaan negeri mempertimbangkan pemberian elaun keraian untuk 79 penghulu dan penggawa di negeri ini.

Pengerusinya, Mohd Adnan Mohd Amin berkata kadar yang dicadangkan oleh kesatuan ialah lima peratus daripada gaji bulanan penghulu dan penggawa di negeri ini yang menerima gaji dari RM2,000 hingga RM5,000 seorang.

Beliau berkata langkah itu perlu bagi memperkasakan dan meningkatkan perkhidmatan para penghulu dan penggawa kepada masyarakat yang sentiasa memerlukan perhatian pemimpin akar umbi dari semasa ke semasa.

“Namun kini ia (elaun) semakin diperlukan bagi membantu rakyat di peringkat akar umbi yang kadangkala memerlukan bantuan kewangan daripada pihak kami,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Program Penerangan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) bersama Penghulu dan Penggawa Terengganu serta mesyuarat agung kesatuan itu di sini, semalam.


Mohd Adnan yang merupakan penghulu Mukim Alor Limbat berkata kesatuan pernah mencadangkan pemberian elaun tersebut pada tahun 2004. – BERNAMA

Kategori