Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Budak Dapat Hadiah Hari...

KEBANYAKAN budak berusia sembilan tahun mahukan basikal atau PS4 sebagai hadiah hari jadi, namun...

Rakaman Tular Pertengkaran Penarik...

Tawau : Polis sedang menyiasat beberapa rakaman video tular memaparkan perselisihan faham antara...

Deepavali Disambut Harmoni, Semangat...

KUALA LUMPUR - Penganut beragama Hindu hari ini menyambut perayaan Deepavali dalam suasana...

GST Terhadap Insurans Untuk...

PETALING JAYA - Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan terhadap industri insurans akan memberi...

Terengganu Fokus 3 Subjek Untuk Peperiksaan Utama

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) kini giat memperkasakan penguasaan tiga subjek iaitu sains, matematik dan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar bagi mengekalkan kecemerlangan Terengganu dalam peperiksaan utama tahun ini.

Pengarah JPNT, Shafruddin Ali Hussin berkata tiga mata pelajaran itu merekodkan pencapaian sederhana dan lemah di Terengganu dan ia mempengaruhi keputusan keseluruhan pelajar di negeri ini.

“Sebab itu kita gandakan usaha agar pelajar dapat menguasainya agar mereka dapat memahami ketiga-tiga mata pelajaran itu dengan lebih mudah.

“Semua guru besar dan pengetua telah mengadakan aktiviti pembelajaran yang lebih kreatif agar pelajar dapat menguasainya dengan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT),” katanya kepada pemberita di majlis sambutan Aidilfitri JPNT di sini hari ini.

Pada tahun ini, Terengganu menyalurkan peruntukan RM4 juta untuk JPNT bagi memastikan kesemua aktiviti pendidikan termasuk program untuk tiga mata pelajaran itu dapat dilaksanakan dengan sempurna.


Shafruddin Ali berkata jabatan itu juga menggalakkan ibu bapa dan komuniti untuk terlibat dalam menyumbang kepakaran mereka supaya tiga mata pelajaran itu dapat mencatat keputusan cemerlang tahun ini.

“Sejak awal tahun, semua guru telah bekerja keras untuk memastikan penguasaan pelajar bertambah baik terutama untuk calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Pentaksiran Tingkatan Tiga, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

“Harapan kita agar tiga mata pelajaran ini akan mencatat peningkatan lebih baik berbanding tahun lalu kerana secara tidak langsung ia akan mengembalikan kecemerlangan Terengganu dalam setiap keputusan peperiksaan utama,” katanya. – BERNAMA

Kategori