Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Najib Hadiri Rundingan Tahunan...

JAKARTA - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memulakan lawatan kerja tiga...

10 Lelaki Bawa Lari...

KUALA LUMPUR - Sekumpulan 10 lelaki termasuk yang bersenjatakan tukul besi, merompak sebuah...

KFC Tutup Pekerja Balik,...

KAKITANGAN KFC di Novena Square, Singapura tanpa sengaja telah menutup dan mengunci peremis...

Rakyat Bersyukur Sambut Merdeka...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia patut bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana menyambut...

Terengganu Utama Sektor Pendidikan Bajet 2018

KUALA NERUS – Kerajaan negeri Terengganu akan memberi tumpuan  lebih kepada  bidang  pendidikan dalam penyediaan Bajet 2018, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan program diskusi dalam masa terdekat  untuk mendapat  maklum balas daripada ahli akademik bagi mengetahui keperluan  dalam memastikan kecemerlangan  pendidikan di Terengganu.

“Diharapkan warga pendidikan seperti guru dan pensyarah dapat melontarkan idea bagi tujuan  memperkasa pendidikan di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus di sini, hari ini.

Katanya, sebuah makmal pendidikan juga akan diwujudkan bagi membincangkan cadangan yang diperoleh daripada akar umbi.


“Kita turut memanggil pegawai tadbir negeri dan pegawai yang terlibat dengan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) untuk membantu dan mengemukakan idea bagi tujuan tersebut,” katanya.

Pada majlis itu, Ahmad Razif turut meluluskan peruntukan berjumlah RM80,000 kepada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) 42 sekolah di daerah Kuala Nerus  bagi membantu persatuan itu menjalankan  program kecemerlangan pendidikan. – BERNAMA

Kategori