Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rajinikanth Terkejut Rosyam Nor...

LEGENDA filem Tamil, Rajinikanth pernah mempersoalkan keputusan pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor...

250 Rumah Atas Air...

SEMPORNA - Kira-kira 250 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Bangau-Bangau...

Sultan Johor Ingatkan ADUN...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini mengingatkan...

Penggiat Industri Pelancongan Perlu...

KUALA LUMPUR - Penggiat industri pelancongan perlu memanfaatkan sepenuhnya gelombang ketibaan pelancong akan...

Terlibat Kemalangan, Jaa Tetap Ke India Jumpa SRK

DEMI merealisasikan impian untuk berjumpa dengan bintang tersohor Shah Rukh Khan (SRK), penyampai radio ERA FM, Jaa Suzuran sanggup terbang ke Mumbai, India.

Apa yang uniknya, dia tetap ke kota industri tersohor Bollywood itu walaupun baharu sahaja terlibat dengan kemalangan pada Ahad lalu.

Menurut Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad, 23, dia tidak akan melepaskan peluang untuk menemubual SRK kerana ia merupakan impiannya sejak kecil lagi.

“Saya mahu meneruskan juga misi untuk bertemu dengan SRK sebab dari kecil lagi saya memang mahu berjumpa dengan dia.

“Bila dapat peluang ini, tak mungkin saya akan lepaskan. Ia peluang sekali seumur hidup,” katanya kepada mStar Online.

Kemalangan yang berlaku di Keramat, Kuala Lumpur itu menyebabkan Jaa mengalami kecederaan yang teruk di kaki kanannya,  juga menyebabkan tulang lututnya retak, serta jari kelingking cedera.

Doktor yang merawat Jaa tidak membenarkannya untuk ke luar negara kerana keadaannya yang masih belum pulih tetapi dia tetap mahu meneruskan hasratnya untuk berjumpa dengan SRK.

Tambah Jaa, pada awalnya dia terkejut apabila dimaklumkan terpilih untuk mewakili pasukan media Malaysia kerana dia tidak fasih berbahasa Inggeris.


Walau bagaimanapun jelasnya, dia berusaha untuk belajar dan bercakap menggunakan perkataan-perkataan yang mudah difahami.

“Saya terkejut dan pelik kenapa saya pula yang terpilih sedangkan lebih ramai yang boleh berbahasa Inggeris dengan sempurna. Kalau nak harapkan saya, memang berteraburlah.

“Tapi mereka mahu saya menjadi diri saya sendiri dan sebab itu juga lah saya belajar bercakap bahasa Inggeris dengan ayat yang mudah.

“Janji orang faham apa yang nak saya sampaikan nanti. Doakan semua urusan saya berjalan dengan lancar,” katanya.

Jaa akan berangkat ke Mumbai pada malam ini untuk program sesi temubual khas bersama SRK bagi mempromosikan filem terbaharunya, Jab Harry Met Sejal. – MYNEWSHUB.CC

Kategori