Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Masyarakat Perlu Lebih Peka...

SEREMBAN - Masyarakat perlu lebih peka dengan keadaan sekeliling mereka supaya kes pengabaian...

Kota Belud Bakal Jadi...

KOTA BELUD - Inisiatif Komuniti Pintar Kota Belud yang dilaksanakan Suruhanjaya Komunikasi dan...

‘Ah Beng’ Ini MENANGIS...

Seorang penyelia tapak pembinaan dipenjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini...

Tiada Masalah Ambil Yang...

SINGAPURA - Malaysia tidak menghadapi masalah dalam mengambil mereka yang berkelayakan untuk menerajui...

Tiada ADUN BN Segamat Jadi Ahli Majlis

SEGAMAT – Anggota Parlimen Labis Datuk Chua Tee Yong menafikan dakwaan pembangkang bahawa terdapat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional dalam daerah Segamat menjadi Ahli Majlis di daerah itu.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata dakwaan itu jelas merupakan satu fitnah yang sengaja ditimbulkan menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Dalam Segamat ada empat ADUN BN iaitu Mohd Azahar Ibrahim (Tenang), Datuk Ayub Rahmat (Kemelah), Norshida Ibrahim (Buloh Kasap) dan Lau Chin Hoon (Pemanis) tetapi mereka semua bukan Ahli Majlis,” katanya.

Chua berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Usahawan MITI dan Agensi 2017 di Dataran Labis, di sini, malam tadi.

Beliau mengulas susulan dakwaan Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara Shazni Munir Mohd Ithnin bahawa terdapat “orang politik” di daerah Segamat yang menjadi ADUN dan pada masa sama menjadi Ahli Majlis di Majlis Daerah Segamat (MDS).


Shazni Munir membuat dakwaan tersebut dalam ‘Jelajah Bina Semula Negara’ Invoke di Segamat pada 22 Julai lepas.

Chua berkata beliau memandang dakwaan terbabit sebagai perbuatan syok sendiri dan gerak kerja yang menjurus kepada menabur fitnah dalam mengelirukan rakyat demi memenangi pilihan raya. – BERNAMA

Kategori