Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kereta Berlagak Pelekat Polizei...

AMPANG - Seorang pemuda ditahan pihak polis selepas memandu sebuah kereta yang diubah...

Jambatan Batang Samarahan Kini...

KUCHING - Jambatan sepanjang kira-kira 774 meter bernilai sekitar RM93 juta yang menghubungkan...

Kopi Campur Dadah Belum...

KLANG - Polis percaya kopi pracampuran berperisa durian didakwa dicampur dengan dadah yang...

JBPM Kelantan Sudah Bersiap...

KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sudah bersiap siaga...

Tiada Cadangan Kenaikan Tol – Rosnah Shirlin

PETALING JAYA – Kementerian Kerja Raya menegaskan tiada sebarang perbincangan dibuat berkenaan kenaikan kadar tol setakat ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata keputusan untuk mengekalkan kadar tol bagi 12 konsesi lebuh raya seperti yang diumumkan pada tahun lepas masih tidak berubah.

“Setakat ini, tidak ada (perbincangan berkaitan kadar tol), tiada keputusan seperti itu,” katanya ketika ditemui pemberita dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sebarang kenaikan kadar tol susulan terdapat empat lebuh raya yang berhak menerima kenaikan tol tahun ini.

Empat lebuh raya tersebut adalah Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL), Lebuhraya Kajang–Seremban (LEKAS), Lebuhraya Senai–Desaru (SDE) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).


Terdahulu, Rosnah hadir menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 40 anak yatim  pusat kebajikan Baitul Ulfah Centre pada majlis rumah terbuka anjuran Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK). – BERNAMA

Kategori