Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pengendali Nasi Kandar Line...

PENGENDALI restoran popular Nasi Kandar Line Clear diberi tempoh tiga minggu untuk mengosongkan...

PM Ajak Umat Islam...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh umat Islam...

Anggota Peronda PLUS Maut...

SEREMBAN - Seorang anggota peronda Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) maut manakala rakannya cedera dirempuh...

Keputusan PBNP Dianggap Tak...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) disifatkan tidak menghormati Konfederasi...

Tiada Kes Rabies Di Melaka, Perak – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR – “Tiada kes positif rabies dilaporkan di Negeri Melaka dan Perak setakat ini,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Bagiamanapun, katanya, orang ramai yang mempunyai sejarah digigit anjing atau kucing di Serian, Sarawak dalam tempoh 1 April hingga 17 Julai 2017 diminta hadir ke klinik kesihatan atau hospital berhampiran bagi tujuan pemeriksaan.

Kata beliau, seruan sama turut dikeluarkan kepada mereka yang mempunyai sejarah digigit anjing di kawasan sekitar Kuala Sepetang, Perak dalam tempoh 4 hingga 17 Julai 2017.

“Kementerian Kesihatan menasihati orang awam yang tinggal di Serian atau kawasan sekitar Kuala Sepetang agar mengambil langkah-langkah pencegahan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham dalam itu berkata, kes keempat rabies iaitu seorang kanak-kanak berumur lima tahun dari Kampung Ampungan, Serian meninggal dunia pada pukul 2.05 petang ini.

Menurut beliau, kematian terbaru itu menjadikan jumlah kes rabies adalah empat di mana kesemuanya telah meninggal dunia dan tiada kes rabies baru dilaporkan.

Sementara itu, katanya, dua kanak-kanak yang dilaporkan digigit anjing di Kuala Sepetang pada 15 Julai lalu telah diberikan rawatan pesakit luar dan tidak mempunyai gejala klinikal serta dalam keadaan stabil.

Menurut beliau, Jabatan Kesihatan Negeri Perak melalui Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama sedang melaksanakan aktiviti kawalan termasuk pengesanan kes gigitan anjing di kawasan terlibat bagi tujuan rawatan dan pemantauan lanjut.

Manakala, katanya, bagi kes gigitan anjing melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun yang dimasukkan ke wad Hospital Melaka kerana mempunyai sejarah digigit anjing di Serian Sarawak disahkan negatif wabak rabies.


Langkah-langkah pencegahan wabak rabies adalah seperti berikut:

1. Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital berdekatan sekiranya mengalami gigitan anjing atau kucing (anjing/kucing peliharaan atau liar).

2. Pastikan anjing atau kucing peliharaan telah mendapat suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak dengan anjing atau kucing liar.

3. Jika anjing atau kucing peliharaan didapati tidak sihat atau berkelakuan agresif dapatkan rawatan segera di klinik haiwan dan laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar berdekatan.

4. Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing atau kucing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal.

5. Sentiasa kekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing/kucing peliharaan atau liar. – MYNEWSHUB.CC

Kategori