Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Undang-Undang Perlu Diimbangi Elemen...

KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Azlan Shah bertitah undang-undang...

Drama Jadi Fenomena, Mak...

DRAMA bersiri popular Mak Cun bakal melangkah satu tapak ke hadapan apabila ia...

Agong Lawat Mangsa Banjir...

KOTA TINGGI: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini melawat mangsa banjir di...

“Takut Gombak Yang Tidak...

KUALA LUMPUR – Kesetiaan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terhadap...

Tiba-Tiba Ajal Makan Kuih Koci Di Kedai…

KUIH koci merupakan makanan tradisional masyarakat Malaysia. Memang ramai yang gemarkan kuih yang berintikan kelapa ini…

Tetapi malang bagi seorang pengurus sebuah syarikat apabila beliau telah disahkan meninggal dunia ketika sedang menikmati kuih koci di sebuah kedai makan di Jalan Nong Chik, Taman Nong Chik, Johor Bahru, Johor.

Kejadian aneh itu dikatakan berlaku pada pukul 10.30 pagi ketika mangsa, Mohd. Samsi Sapan, 56, yang berasal dari Kulai bersama-sama dengan tiga orang rakannya mahu menjamu selera di kedai tersebut.

“Mangsa telah tercekik semasa makan kuih koci dan tidak dapat bernafas. Mangsa telah dibawa oleh rakannya itu ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Aminah (HSA) di sini.

“Allahyarham kemudian disahkan meninggal dunia oleh doktor. Pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah atau khianat ditemukan,” kata Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais.

Difahamkan, Mohd. Samsi yang juga ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Mersing datang ke kedai itu selepas menziarahi jenazah bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Mohd. Ali Hassan di Taman Nong Chik.


Mungkin secara kebetulan memang sudah ajal warga emas tersebut tiba-tiba kembali ke rahmatullah hanya kerana isu tercekik kuih koci.

Peringatan kepada semua agar berhati hati ketika makan dan sentiasa baca doa. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ainaa Hafizah

Kategori