Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

DAP Menang Di Pulau...

KOTA BHARU - Pemecatan 300 ahli PAS daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung...

50 Unit Rumah RM20,000...

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 50 unit rumah mampu milik di Kampung Batin dekat...

Dilanggar Bekas Isteri, Suami...

SUAMI pelakon Maria Farida, Datuk Rahman Shakur mengambil keputusan membuat laporan polis terhadap...

Pegawai Imigresen Hadapi 8...

BUTTERWORTH - Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

Tiket ETS, Intercity Perjalanan 1 Ogos – 31 Okt Mula Dijual

KUALA LUMPUR – Tiket Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan Intercity bagi perjalanan bermula 1 Ogos hingga 31 Okt mula dijual hari ini.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), dalam kenyataan, berkata turut dijual adalah tiket bagi perkhidmatan Shuttle Tebrau (Johor-Woodlands-Johor) untuk tempoh perjalanan 30 hari.

Menurut kenyataan itu, jadual waktu perkhidmatan ETS dan Intercity adalah mengikut jadual sedia ada, namun terdapat beberapa penambahan pemberhentian di stesen-stesen tertentu.

Ia melibatkan pemberhentian di stesen ETS iaitu di Gurun, Bagan Serai, Sungai Buloh, Sungai Siput dan Batang Melaka, manakala bagi pemberhentian perkhidmatan intercity adalah di stesen Paloh.


Tiket boleh dibeli melalui kaunter tiket KTMB atau secara dalam talian di laman web www.ktmb.com.my.

Orang ramai boleh menghubungi pusat panggilan KTMB di talian 03-22671200 untuk sebarang pertanyaan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ETS

Kategori