Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

FCC, Kosmetik Halal Jenama...

PENGGUNAAN alat solek atau kosmetik tidak dapat dinafikan mampu membantu meningkatkan penampilan wanita....

28 Juta Pengguna Media...

KUALA LUMPUR - Pandemik Covid-19 telah membawa amalan baharu secara dalam talian dalam...

Luahan Mengejutkan Pesakit Kanser...

SAYU apabila membaca luahan hati seorang pesakit di Institut Kanser Negara, Putrajaya yang didakwa...

Video: Lagi Kes Getah...

RAKAMAN video yang memaparkan seorang wanita berusia lewat 20-an dipukul dengan paip getah...

Titijaya Lancar Projek Bercampur The Shore

KUALA LUMPUR – Titijaya Land Bhd melancarkan “The Shore” – projek hab premium pinggir pantai di Kota Kinabalu, dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM575 juta.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata bangunan setinggi 25 tingkat itu akan merangkumi 561 unit kediaman dan komersial, dengan kawasan binaan seluas 409 hingga 541 kaki persegi dan berharga bermula daripada RM453,000.

“Apabila siap kelak, The Shore akan menawarkan penginapan berkualiti yang lebih baik kepada penduduk tempatan, meningkatkan perniagaan di Sabah dan merangsang aktiviti pelancongan,” katanya.

Menurut Titijaya, projek tersebut akan mendapat manfaat daripada faktor-faktor seperti lokasi strategik – 15 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan akses ke pusat komersial dan kemudahan berdekatan di sekitar kawasan kejiranan.


Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan, Lim Poh Yit berkata syarikat itu yakin The Shore akan menjadi mercu tanda ikonik di Kota Kinabalu, dan seterusnya menjadi tarikan pelancongan di Sabah, terutamanya dengan sokongan daripada kerajaan negeri.

“Kami menjangkakan permintaan positif terhadap The Shore berikutan pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan dan peningkatan jumlah penduduk di Kota Kinabalu, menjadikannya sebagai satu era pertumbuhan baharu dalam suasana pasaran hartanah matang di rantau ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori