Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Zeti Dilantik Pengerusi Sime...

KUALA LUMPUR – Sime Darby Property Bhd melantik bekas gabenor Bank Negara Tan...

5 Penjawat Awam Didakwa...

KUALA LUMPUR - Lima penjawat awam termasuk Ketua Balai Polis Setapak didakwa di...

Ribuan Warga Kota Zahirkan...

KUALA LUMPUR - Ribuan warga kota pelbagai kaum berhimpun di Dataran Merdeka dan...

Khemah Besar PH Lemahkan...

Lim Guan Eng mengalu-alukan PKR Johor tidak balas dendam terhadap parti MUDA letak...

Tiz Zaqyah Nafi Didekati Lelaki Berstatus Duda

BARU-BARU ini tersebar gossip yang mendakwa pelakon Tiz Zaqyah atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak sedang didekati seorang lelaki berstatus duda.

Walau bagaimanapun, Tiz, 29, yang ditemui dalam satu sidang media berkata dia tidak mengetahui apa-apa yang berkaitan dengan khabar angin yang tersebar itu.

“Berkawan dengan duda? Siapa duda itu? Sekarang saya tidak tahu pun apa yang orang bercakap tentang saya.

“Kawan saya ramai yang berstatus duda dan janda. Tapi duda mana pula yang mereka maksudkan itu,” katanya.

Tambahnya, selepas gagal dalam percintaan setahun lalu, hatinya masih belum terbuka untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki.

“Saya gembira dengan kehidupan sekarang. Saya tidak pening kepala dan buat masa ini boleh buat apa sahaja yang kita suka.


“Saya percaya kalau ada jodoh, ia akan sampai juga. tetapi kalau boleh biarlah yang belum pernah berkahwin,” katanya lagi.

Menurut Tiz, kegagalannya bercinta membuatkan dia menjadi lebih matang dan terbuka berkongsi soal peribadinya tetapi lebih memilih dalam berkongsi hal peribadi di laman-laman sosial. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

Kategori