Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

587 Mangsa Banjir K.Selangor...

KUALA SELANGOR - Sebanyak 587 mangsa banjir masih ditempatkan di tujuh pusat penempatan...

KSN Mahu Penjawat Awam...

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa mahu semua penjawat...

SPRM Belum Siasat 101...

MELAKA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini belum membuka kertas siasatan...

Pengusaha Restoran Nasi Kandar...

GEORGE TOWN - Seorang ahli perniagaan maut ditembak dari jarak dekat di hadapan...

TMJ ‘Minum Kopi’ Bersama Dollah Salleh

JOHOR BAHRU – Satu gambar memaparkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertemu dengan Jurulatih pasukan Pahang, Dollah Salleh disiarkan di laman Facebook malam tadi.

Menurut laman Facebook rasmi Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menyiarkan gambar itu, gambar berkenaan diambil ketika Tunku Ismail yang juga pemilik JDT sedang minum kopi bersama Dollah di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan.

“YAM Tunku Mahkota Johor ‘minum kopi’ bersama Dollah Salleh,” kata laman Facebook itu tengah malam tadi.

Gambar itu muncul sewaktu FAM sedang dikritik hebat oleh ramai peminat bola sepak kerana mengenakan hukuman penggantungan 18 bulan keatas Dollah gara-gara mengkritik mutu pengadilan semasa aksi Liga super.

Dollah turut dikenakan denda RM30,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM, selepas dia didapati melanggar Artikel 61 Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 88 Statut FAM.


Awal bulan ini, Dollah yang juga bekas pengendali skuad kebangsaan dengan lantang mengkritik pengadilan yang disifatkan berat sebelah ketika pasukannya tewas 1-2 kepada Felda United dalam aksi Liga Super.

Beliau malah meluahkan kekecewaannya kerana seolah-olah perlawanan itu telah diaturkan oleh pihak tertentu.

Peminat bola sepak bagaimanapun menganggap hukuman itu tidak adil atas sebab-sebab tertentu selain timbul dakwaan kononnya ia bertujuan melumpuhkan pesaing JDT dalam Liga Super. – MYNEWSHUB.CC

Kategori