Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ahmad Zahid Sampai Sumbangan...

JELI - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

Jejak Warisan Jawi Ke-4...

KUALA KANGSAR - Jejak Warisan Jawi (JWJ) musim keempat tahun depan akan mengadakan...

Saintis Tertua Australia Kesal...

SAINTIS tertua di Australia, Dr. David Goodall, yang berusia 104 tahun, merancang ke...

Penutup Sukan SEA 31...

PUTRAJAYA - Sebagaimana dijangka pelbagai pihak, tarikh penutupan Sukan SEA 2017 yang sepatutnya...

Tok Gajah Akur Kehebatan Harimau Selatan

KUANTAN – Terkulai 2-0 dengan pasukan Harimau Selatan di gelanggang sendiri malam tadi menyebabkan skuad Tok Gajah terpaksa memadamkan impian untuk mengejar kedudukan pendahulu liga bagi perlawanan pusingan pertama saingan Liga Super kali ini.

Ketua Jurulatih Pahang Dollah Salleh ketika ditemui bagaikan telah mengangkat bendera putih bagi mengejar Johor Darul Ta’zim (JDT) walaupun berbaki tujuh perlawanan dengan perbezaan 12 mata.

“Bagaimanapun ini tidak bermakna kita berputus asa kerana kita akan terus berlawan pada pusingan kedua untuk memastikan kejayaan pasukan Tok Gajah,” katanya selepas perlawanan menentang JDT di sini.

Namun, beliau tetap berpuas hati dan memuji permainan anak didiknya ketika melayan kunjungan JDT di Stadium Darul Makmur yang bermain dengan baik namun gagal menyempurnakan peluang sebaik mungkin.


Sementara itu, pengendali JDT, Ulisses Morais menyifatkan kejayaan menumbangkan Pahang di laman sendiri berpunca daripada semangat juang tinggi pemain, namun kejayaan itu bukan mudah kerana mereka menentang pasukan yang kuat. – BERNAMA

Kategori