WASHINGTON DC – Dalam satu kejadian yang mungkin tidak pernah berlaku, seorang kontraktor mesin juruwang automatik (ATM) didapati terperangkap di dalam ruang mesin tersebut sendiri.
Media Amerika Syarikat (AS) melaporkan, insiden lucu tapi benar itu berlaku akibat mangsa secara tidak sengaja terkunci dirinya sendiri dari dalam di salah sebuah cawangan Bank of America di Texas.
Seorang pegawai polis tempatan, Corpus Christi dilaporkan berkata, si lelaki tersebut pada asalnya cuba mahu menukar kunci yang dikatakan sebagai bermasalahĀ di dalam bilik ATM tersebut.
Ketika terperangkap, mangsa terfikir idea yang bijak dengan menyelitkan nota pertolongan menerusi slot resit di ATM berkenaan ketika pelanggan datang untuk mengeluarkan wang tunai mereka.
“Tolong, saya terperangkap di dalam ini, dan saya pula tidak membawa telefon. Tolong telefon bos saya nombor….,”Ā tulis lelaki berkenaan dalam nota tulisan tangan tersebut.
Ramai pelanggan pada mulanya menyangka ia mungkin gurauan namun ada menghubungi polis yang kemudian terpaksa menendang pintu bilik kebal tersebut bagi menyelamatkan lelaki terbabit.
Tidak pasti berapa lama lelaki berkenaan terperangkap di dalam bilik ATM itu.Ā Pegawai Senior, Ricard Olen mengklasifikasikan kejadian tersebut sebagai sangat pelik.
“Semua orang okay, tetapi kamu mungkin tidak akan dapat melihat kejadian seumpama ini berlaku lagi. Ia sangat gila,” kata pegawai tersebut.Ā ā Agensi
Oleh: Amy Maizura