MELAKA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil Tan Sri Mohd Ali Rustam di Dewan Tun Ali di sini.
Ketibaan Ahmad Zahid di perkarangan dewan pada kira-kira 12.15 tengah hari disambut Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron serta Mohd Ali dan isteri Puan Sri Asmah Abdul Rahman.
Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Hamim Samuri, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Othman Muhamad dan barisan exco kerajaan negeri.
Ahmad Zahid meluangkan masa hampir sejam bersama kira-kira 10,000 pengunjung pada majlis itu yang menyediakan pelbagai juadah seperti nasi beriani, lontong dan sateĀ selain pelbagaiĀ persembahanĀ sertaĀ nyanyian.Ā – BERNAMA