Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penularan Video Lucah Libatkan...

GOMBAK – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan bahawa penularan video dan...

Mangsa Banjir Ringlet Diarah...

Tiga keluarga mangsa banjir di Kampung Baru, Ringlet, Cameron Highlands kini dilanda kebimbangan...

Polis, Badan Perundangan Kendali...

KUALA LUMPUR - Kes melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang lebih serius...

Gempa Bumi Kuat Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.8 pada skala Richter melanda Kepulauan...

Trend Kemalangan Bahan Kimia Membimbangkan

KUALA TERENGGANU – Trend kemalangan melibatkan bahan kimia yang mencatatkan peningkatan saban tahun semakin membimbangkan, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Katanya dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini sebanyak 1,297 kes telah direkodkan di seluruh negara dan kebanyakan kes membabitkan bahan kimia seperti petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan produk-produk petroleum yang lain.

“Sepanjang tahun lepas, sebanyak 1,869 kes telah dicatatkan dengan membabitkan 28 kecederaan. Paling banyak kes bahan petrol akibat tumpahan minyak, kes kemalangan jalan raya dan sebagainya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pengendalian Bahan Kimia Berbahaya yang dihadiri 500 pemain industri petroleum dari seluruh negara.

Sementara itu, Wan Mohd Noor berkata pasukan bomba juga perlu berdepan dengan cabaran untuk mendalami dan memahami jenis-jenis bahan kimia sebelum melakukan operasi bagi mengelak sebarang kesilapan.

Berikutan itu katanya, penganjuran seminar berkenaan adalah tepat pada masanya dan ia mampu  memberi pendedahan dan persediaan tindakan kecemasan yang boleh dilakukan.


“Jika berlaku kejadian di tempat masing-masing, mereka dapat memberikan tindakan awal sementara menunggu pihak bomba tiba.

“Pemain industri juga turut mengambil inisiatif sendiri dengan menubuhkan skuad pencegahan bahan kimia, setakat ini dua telah diwujudkan iaitu di Pasir Gudang, Johor dan Gebeng, Pahang,” katanya.

– BERNAMA

Kategori