Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Saman Charles Tidak Lagi...

Kuala Lumpur : Saman difailkan penyandang kerusi Parlimen Klang, Charles Santiago terhadap Datuk...

LRT Bergerak Perlahan Dari...

KUALA LUMPUR - Rapid Rail memaklumkan tren transit aliran ringan (LRT) dari stesen...

Siasatan Hotel FIC: Pihak...

KUALA LUMPUR - Mana-mana pihak tidak perlu membuat sebarang spekulasi berhubung pembelian sebuah...

Bilik Kuliah UiTM Dungun...

DUNGUN - Sebuah bilik kuliah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Dungun terbakar...

Tubuh Pasukan Elit Laksana Serbuan Berisiko Tinggi

PORT DICKSON – Jabatan Imigresen Malaysia kini dalam proses menubuhkan pasukan khas yang pada masa ini dikenali sebagai ‘Pasukan Elit’ bagi menangani serbuan berisiko tinggi.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata untuk peringkat awal, sekurang-kurangnya 15 pegawai imigresen akan dipilih menganggotai pasukan itu yang akan dilengkapi latihan berbentuk komando selain dibekalkan senjata api.

“Inilah kumpulan yang kita nak letakkan di barisan depan bagi menghadapi cabaran-cabaran. Cabaran dalam aspek penguatkuasaan undang-undang memang banyak, misalnya apabila kita melakukan serbuan, kita hadapi banyak ancaman kekerasan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan program prapemilihan anggota pasukan itu di Akademi Imigresen di sini hari ini.

Seramai 76 pegawai imigresen merangkumi 61 lelaki dan 15 wanita mengikuti latihan tersebut.

Mengulas lanjut, Mustafar berkata mereka akan menerima latihan dalaman selain didedahkan dengan corak latihan pasukan penguat kuasa undang-undang lain termasuk polis.


Kumpulan pertama pasukan ini akan ditempatkan di ibu pejabat imigresen di Putrajaya di bawah Bahagian Perisikan Operasi Khas, katanya.

Namun katanya mereka akan digerakkan ke seluruh negara bagi menangani serbuan berisiko tinggi.

Mustafar berkata pasukan itu akan dikembangkan ke peringkat negeri pada satu masa nanti.

Pada masa ini jabatan itu mempunyai 14,420 anggota di seluruh negara. – BERNAMA

Kategori