Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Royal Selangor Rancang Eksport...

KUALA LUMPUR – Pengeluar dan peniaga piuter, Royal Selangor International Sdn Bhd, kini...

Ketua Sumo Mohon Maaf...

TOKYO – Ketua persatuan sukan sumo Jepun memohon maaf selepas beberapa orang wanita...

Papan Tanda ‘Islamik’ JKR...

PAPAN tanda dengan pengisian 'unik' milik Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Batu Pahat...

Kumpulan Pertama Jemaah Haji...

MEKAH - Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia seramai 413 orang akan mula bergerak...

Tukang Jahit Didakwa 3 Tuduhan Berkaitan Daesh

SLIM RIVER – Seorang tukang jahit warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tiga pertuduhan iaitu menyokong, menggalakkan aktiviti dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh, antara bulan Mei hingga Jun lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Rino Kaswara Kasmar, 34, setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Bagi pertuduhan pertama, Rino Kaswara didakwa dengan pengetahuan telah memberi sokongan kepada kumpulan Daesh dengan menggunakan aplikasi media sosial Telegram “AnsharulKhilaafah Filibiin Indonesia-Filipina” yang diwujudkan oleh tertuduh sendiri di Medan Niaga, Jalan Pasar Slim River di sini 2 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniatkan untuk melakukan kesalahan itu.

Pertuduhan kedua, dia didakwa menggalakkan keahlian dalam kumpulan pengganas Mujahideen Indonesia Timur (MIT) dan kumpulan Daesh melalui kumpulan Telegram atas nama Rijal Mujahideen Minangkabau di lokasi yang sama antara 2 Mei hingga 12 Jun lalu.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 120G(B) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun serta boleh dikenakan denda.


Pertuduhan ketiga pula, Rino Kaswara dituduh memiliki telefon bimbit jenis Lenovo yang didalamnya mengandungi unsur-unsur perbuatan keganasan dan berkaitan kumpulan Daesh di Bazar Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM), Jalan Pasar, Slim River di sini, 12 Jun lalu dan dituduh di bawah Seksyen 130JB(1)(a) Kanun yang sama membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan juga denda serta boleh dilucutkan hak terhadap mana-mana bahan berkaitan.

Timbalan Pendakwa Raya Syalia Ain Zainuddin menjalankan pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Intan Nurul Farena menetapkan 7 Ogos ini untuk sebutan semula sementara menunggu izin memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. – BERNAMA

Kategori