PETRA JAYA – Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Ragad Waleed Alkurdi antara orang kenamaan yang menghadiri Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar di kediaman beliau di sini hari ini.
Ketibaaan Abdul Taib serta isteri disambut oleh Mohamad Asfia serta isteri Datuk Fatimah Mohd Iskandar.
Turut menghadiri majlis itu ialah Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg serta isteri Datuk Jumai’ani Tun Tuanku Haji Bujang, menteri-menteri Kabinet negeri Sarawak dan anggota DUN. – BERNAMA