Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Puad Gesa RCI Siasat...

Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi mengulangi gesaannya supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)...

Gara-Gara Jantina Anak, Isteri...

TURKI – Seorang pelayan `gila' akhirnya dipenjarakan seumur hidup kerana membunuh isterinya secara kejam...

Kakitangan, Pesara Felda Bebas...

KUANTAN - Seorang kakitangan dan pesara Felda Technoplant Sdn Bhd (FTSB) menangis kegembiraan...

Beli Makanan Sepanjang PKP...

SEKTOR isi rumah menjana 44.5 peratus daripada sisa makanan di Malaysia yang berjumlah...

Umat Islam Dilarang Pelihara Anjing Dalam Rumah

KANGAR – Umat Islam dilarang memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang kukuh, kata Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurut beliau, ini kerana ada hadis Nabi Muhammad SAW yang menyebut jilatan anjing adalah najis.

“Bagi elak dijilat anjing yang sentiasa menjelir lidah yang dianggap najis dari segi agama dan bahaya mengikut sains, maka Islam melarang memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan kukuh,” katanya dalam laman Facebooknya.

Beliau mengulas perbuatan seorang wanita Islam bertudung memelihara anjing dalam rumah dan membiarkan anjing peliharaannya menjilat dirinya sehingga menjadi tular setelah memuat naik dalam Facebook wanita tersebut.

Menurut Mohd Asri lagi, hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim ada menyebut bahawa Nabi Muhammad SAW sendiri pernah bersabda dengan maksudnya:

“Sesiapa yang memelihara anjing, maka sesungguhnya berkurangan (pahala) amalannya setiap hari sebesar qiroth (sebesar Bukit Uhud) kecuali anjing buruan ataupun ternakan (bertugas menjaga ternakan).”

Umat Islam Dilarang Pelihara Anjing Dalam Rumah


Baca: Netizen Ini Dakwa Orang Melayu Patut Bela Anjing

Juga: Segeralah Bertaubat – KP Jakim Ulas Isu Bela Anjing

Berdasarkan hadis masyhur tersebut, sekurang-kurangnya hukum jika memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan itu adalah makruh walaupun ada ulama yang bertegas mengharamkannnya, jelas Mohd. Asri.

Kata beliau lagi, walaupun hadis tersebut tidak menyebut dosa tetapi hanya pahala yang akan berkurangan, maka hukumnya adalah makruh mengikut sebahagian fuqaha pula.

Selain itu, salakan dan bulu-bulu anjing yang berterbangan seolah-olah tidak mengalu-alukan tetamu sedangkan Islam menggalakkan masyarakat menjalin hubungan baik dengan jiran, tambahnya.

Beliau berkata banyak kajian mendapati gigitan dan najis anjing berbahaya kepada kesihatan manusia malah atas sebab itu Islam mengingatkan penganutnya mengenai bahaya memelihara anjing tanpa sebab kukuh. – BERNAMA

Kategori