Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jabra Malaysia Raikan Sambutan...

PENGELUAR produk audio inovatif terkemuka dunia, Jabra kini meraikan sambutan ulang tahun ke-9...

PAS Berjaya Lakukan Pemutihan...

KUALA LUMPUR - Kekalahan ramai bekas pemimpin PAS dalam pemilihan parti itu yang...

BN Jangka Tidak Ramai...

KUCHING - Barisan Nasional (BN) Sarawak tidak menjangka ramai calon Bebas akan bertanding...

Mati, Hidup, Mati Semula...

NEW DELHI - Seorang lelaki yang disangka sudah mati akibat dipatuk ular mengejutkan orang...

UMNO, BN Utamakan Calon Dikehendaki Rakyat

MELAKA – UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan mengutamakan calon yang dikehendaki dan disenangi rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, itu berkata semua pihak tidak perlu melobi untuk menjadi calon PRU14 kerana Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri tahu calon mana yang disenangi dan menjadi pilihan rakyat.

“Apa yang penting (dalam memilih calon PRU14) adalah pilihan rakyat, citarasa rakyat…siapa yang rakyat mahu itu yang kita utamakan. Siapa yang rakyat mahu itu diberi oleh perdana menteri.

“Tidak perlu melobi (menjadi calon) melalui agensi atau apa sahaja. Kali ini perdana menteri tidak akan ambil risiko kalau calon itu tidak dikehendaki rakyat, kita tidak mahu ketepi calon kehendak rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu di sini malam ini.

Turut hadir pada majlis di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, di Ayer Keroh itu Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang juga Ketua Bahagian UMNO Tangga Batu dan lebih 1,000 perwakilan bahagian itu.

Ahmad Zahid berkata apabila pucuk pimpinan telah menentukan calon yang akan bertanding pada PRU14, semua anggota parti perlu menerima dan menzahirkan sokongan kepada calon tersebut bagi memastikan kemenangan parti pada pilihan raya umum itu nanti.

Sementara itu, beliau berkata semua jentera UMNO dan BN perlu meletakkan fokus kerja kepada kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai ‘retain’ dan ‘regain’ menjelang PRU14.


“Kita ada prinsip ‘retain and regain’ di mana ‘retain’ kita kekalkan kawasan yang kita miliki, manakala ‘regain’ kita rampas kembali kawasan yang dimenangi pembangkang.

“Bagi kerusi yang akan dimenangi atau bakal dimenangi ini saya rasakan (wakil rakyat) harus turun ke bawah, turun berikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata pucuk pimpinan parti mempunyai maklumat terperinci mengenai wakil rakyat yang kerap turun padang memberikan perkhidmatan rakyat dan wakil rakyat yang gagal berbuat demikian. – MYNEWSHUB.CC

Kategori