Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penganggur Didenda Kerana Cederakan...

KUALA LUMPUR - Seorang penggangur didenda RM2,500 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah...

Penduduk Luar Bandar Perlu...

ALOR GAJAH - Penduduk luar bandar perlu mempunyai daya saing yang tinggi bagi...

Video: Lelaki ‘Mental’ Ditahan...

SEORANG lelaki ditahan tiga anggota polis dalam restoran di pusat beli belah IKEA,...

Jutawan Muda Safiey Ilias...

PADA usia sangat muda, dia sudah bergelar jutawan. Manakala dalam kalangan lelaki lembut...

UMNO: Kepimpinan, Anggota Perlu Terbuka Terima Calon

REMBAU – Kepimpinan dan anggota UMNO perlu menerima dengan hati terbuka sekiranya calon yang dipilih bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bukan daripada kalangan kepimpinan parti.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata mereka harus menerima calon berkenaan demi memastikan kemenangan parti dan bukannya kemenangan individu.

“Kita kena siap sedia kalau mana-mana wakil rakyat termasuk saya sendiri, kalau dipanggil pucuk pimpinan bahawa kita tidak lagi diperlukan atau disukai sebahagian besar pengundi di satu-satu kawasan itu, maka kita kena terimalah hakikat.

“Ini kerana perjuangan kita adalah mahu menangkan parti bukan menangkan individu,” katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam bahawa calon Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding pada PRU14 perlulah mempunyai ciri-ciri ‘mampu menang’ dan ‘disenangi’ serta tidak semestinya dalam kalangan kepimpinan bahagian parti.

Ahmad Zahid berkata ini kerana pendekatan pemilihan calon seumpama itu sudah terbukti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar serta PRK DUN Tanjung Datu.

Mengulas lanjut, Khairy berkata anggota parti juga tidak boleh menolak kemungkinan calon yang dipilih adalah calon yang di luar jangkaan seperti yang dikatakan Ahmad Zahid.

“Calon mungkin ada nama di peringkat Badan Bukan Kerajaan atau mungkin seorang cendiakawan akademik tersohor atau mungkin bekas atlet popular untuk memberikan kejutan di satu-satu kawasan itu atau supaya BN boleh bersaing di kawasan berkenaan.


“Bayangannya adalah jangan kita hanya anggap pemimpin utama parti sahaja akan dipilih. Saya percaya dan yakin sebahagian besar daripada calon akan terdiri dari orang kuat parti tapi saya jangkakan itu (kenyataan Ahmad Zahid) bahawa mungkin ada beberapa calon luar biasa, yang sebelum ini tidak pernah berkecimpung dalam pilitik, yang akan diberikan mandat untuk jadi calon di kawasan tertentu,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy menyarankan calon yang dipilih daripada kalangan luar hirarki kepimpinan parti perlulah diperkenalkan lebih awal dan bukannya ketika di ambang penamaan calon.

“Kita memerlukan masa untuk terima sebarang perubahan itu. Jadi, saya sebagai Ketua Pemuda UMNO sekiranya mahu memperkenal calon baharu yang tidak datang dari hirarki kepimpinan atau struktur kepimpinan parti, calon tersebut mestilah dikenalkan lebih awal.

“Kalau kita hanya kenalkan calon baharu pada ambang penamaan calon, saya rasa di situ akan ada masalah… kerana parti kita ada tradisi, kita bagi sokongan pada pemimpin yang kita suka tetapi kalau mahu buat perubahan demi penerimaan orang ramai, jentera parti kena diberitahu lebih awal,” jelasnya.

Beliau turut meminta semua pihak dalam parti memberi sokongan kepada calon berkenaan demi mendapatkan mandat daripada pengundi. – BERNAMA

Kategori