Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Perlis Harap Kerajaan Pusat...

ARAU - Kerajaan Perlis berharap kerajaan persekutuan akan meneruskan projek pembangunan seperti Kawasan...

KDN Halusi Cadangan Gugur...

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri akan memperhalusi semasak-masaknya cadangan mengugurkan perkataan agama...

3,000 Kes Rogol Dilaporkan...

GEORGE TOWN - Sebanyak 42,449 kes keganasan rumah tangga, 31,685 kes rogol dan...

Azmin Tak Tergesa-Gesa Lantik...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata jawatan Timbalan Speaker...

Undi Penduduk Luar Bandar `Dibeli’ Dengan Beras? – PKR

KUALA LUMPUR – Undi penduduk luar bandar boleh `dibeli’ dengan beras dan bekalan makanan.

Itu pandangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang seolah-olah menghina masyarakat kampung dan desa hanya kerana mereka tidak menyokong pembangkang.

Manivanan Gowin yang juga Ahli Parlimen Kapar mendakwa kononnya penduduk luar bandar mudah dieksploitasi kerana taraf hidup mereka yang rendah.

“Dengan taraf hidup yang rendah penduduk luar bandar, maka pengeksploitasian undi berlaku secara mudah. Seseorang yang kurang berkemampuan akan sanggup melaksanakan kehendak pemberi untuk menagih barangan.

“Misalnya dengan memberi undi kepada UMNO Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan wang, beras, bekalan makanan dan seumpamanya,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ironinya, parti pembangkang kerap menyiarkan gambar pemimpin parti itu menyampaikan sumbangan makanan termasuk beras kepada penduduk luar bandar di media sosial.

Terdahulu, Manivanan dalam kenyataan itu mendakwa penduduk kampung kini dianggap simbolik benteng terakhir UMNO BN untuk menyambung hayat dalam arus politik negara.


Justeru, dakwa beliau, usaha menghapuskan masyarakat ‘katak di bawah tempurung’ perlu dibuat bagi memastikan rakyat tidak lagi diperbodohkan.

“Hanya dengan kerjasama rakyat dan Pakatan Harapan inisiatif untuk menembusi kubu-kuat UMNO BN dapat dilaksanakan,” katanya.

Pakatan Harapan merupakan sebuah gabungan parti pembangkang yang didominasi oleh parti sekular dan liberal DAP.

Pakatan pembangkang itu dianggotai PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). – MYNEWSHUB.CC

Kategori