Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Perjuangan Turki Tentang Keganasan...

ANKARA - Wujud satu keperluan untuk Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS)  bersepakat dengan Turki dalam...

PRU-15: Rani Kulup Guna...

Port Dickson : "Saya akan tumpukan kempen secara bersemuka dengan pengundi di seluruh...

Warga Emas Terlantar Syukur...

BERA - Terlantar sejak enam bulan akibat menghidap penyakit gout yang kronik, menyebabkan...

‘Komentar Shahril Sahkan Ahmad...

SHAH ALAM : Komentar dibuat Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan mengesahkan parti...

UniMAP Lancar Tabung Bencana Kebakaran Tawau

ARAU – Simpati dengan nasib lebih 250 setinggan di Tawau, Sabah yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka musnah dalam kebakaran baru-baru ini, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melancarkan Tabung Bencana Kebakaran Tawau untuk mengumpul sumbangan orang ramai.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata Tabung Bencana Tawau itu ditempatkan di kampus induk Pauh Putra dan semua kampus cawangannya selama dua minggu mulai hari ini untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk memberi sumbangan.

“Kami merayu rakyat Malaysia dikenali sebagai masyarakat yang pemurah agar membuat sumbangan bagi meringankan beban lebih 1,000 mangsa-mangsa kebakaran tersebut.

Dalam saat umat Islam masih meraikan Aidilfitri mereka ditimpa bencana. Antara mereka ialah keluarga dua pelajar UniMAP yang kehilangan tempat tinggal. Kami amat bersimpati dengan mereka,” kata Zul Azhar selepas melancarkan tabung itu di Pusat Kesihatan UniMAP Pauh Putra di sini, hari ini.


Beliau berkata UniMAP juga menubuhkan satu pasukan untuk menguruskan bantuan dan sumbangan termasuk zakat kepada kedua-dua pelajar terbabit. – BERNAMA

Kategori