Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

KKD Ambil Maklum, Pantau...

DENGKIL : Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sentiasa meneliti dan memantau isu 3R...

Penerbangan Paling Selamat Di...

SYDNEY – Tragedi yang menimpa dua buah pesawat Malaysia Airlines (MAS) tahun lalu...

Ambil Tindakan Tegas Terhadap...

KUALA LUMPUR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) perlu mengambil tindakan tegas terhadap...

Gadis Bunuh Diri Tak...

SEORANG pelajar universiti yang dipenjara selama dua tahun atas kesalahan memandu sambil mabuk...

Unit Pemusnah Bom Musnahkan Bom Lama

SANDAKAN – Sebutir bom lama yang ditemukan di tapak pembinaan jalan raya  bersebelahan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan  (JPJ) di sini pada Jumaat lepas, dimusnahkan hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Mohd Hamin berkata kerja memusnahkan bom tinggalan Perang Dunia Kedua seberat 269 kilogram itu dilakukan empat anggota Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Kontinjen Sabah.

Katanya operasi memusnahkan bom itu berjalan dengan lancar dan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Menurutnya terdapat dua letupan berlaku ketika kerja meletupkan bom itu dilakukan iaitu yang pertama untuk membelah badan bom bagi mengambil fius.

Letupan kedua bagi memusnahkan fius bom tersebut, katanya ketika ditemui pemberita tidak jauh dari lokasi penemuan selepas operasi memusnahkan bom itu selesai.


Letupan pertama berlaku kira-kira 3 petang dan letupan kedua pada 4 petang.

Mohd Azhar juga meminta orang ramai jika menemui bom lama di sekitar daerah ini supaya tidak menyentuh bom itu dan segera melaporkan kepada pihak polis. – BERNAMA

Kategori