Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pembekal Daging Hidupan Liar...

KOTA KINABALU - Jabatan Hidupan Liar Sabah sedang giat memburu pihak yang terbabit...

Bekas Penuntut IPT Nafi...

Muar : Graduan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Melaka didakwa di Mahkamah...

Pengasas Big Blue Taxi...

SHAH ALAM - Pengasas Big Blue Taxi Services mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Vietnam Jadi Saksi Jika...

PUTRAJAYA - Pihak Vietnam sedia untuk menjadi saksi sekiranya dakwaan ke atas perampas kapal...

UTC Kedah Dapat Sambutan, Mudahkan Urusan Rakyat

ALOR SETAR – Kewujudan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah nyata mendapat sambutan dan memberi manfaat kepada penduduk setempat sejak ia beroperasi pada 23 Julai 2013.

Bangunan UTC Kedah yang bernilai lebih RM50 juta dengan keluasan 23,226 meter persegi dan terletak di Jalan Kolam Air itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 Ogos 2013.

Pengurus UTC Kedah Zamzama Mohd berkata sejak beroperasi pada 2013 hingga Jun  tahun ini, seramai 5,312,628 pengunjung telah datang ke UTC yang mana pada awal pembukaan jumlah pengunjung ialah 512,781 dan meningkat pada tahun berikutnya.

“Pada tahun ini sahaja, UTC menerima seramai  474,449 pengunjung bermula Januari hingga Jun,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, jumlah itu meliputi purata 113,035 pengunjung sebulan yang berurusan dengan 41 agensi  kerajaan persekutuan, badan berkanun dan swasta serta agensi kerajaan negeri terlibat.

“Ini memperlihatkan UTC berjaya membantu orang ramai untuk membuat pelbagai urusan di sebuah bangunan yang menyediakan pelbagai perkhidmatan daripada agensi kerajaan dan swasta,” kata Zamzana.

Antara agensi yang mencatat bilangan pengunjung tertinggi ialah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Syarikat Air Darul Aman (SADA), Lembaga Tabung Haji (TH) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).


Bagi Ibrahim Ahmad, 63, pesara dari Kota Sarang Semut berkata kewujudan pusat itu banyak membantu memudahkan urusan hariannya.

“Disebabkan semua agensi berada di bawah satu bumbung ia memudahkan saya untuk membuat pembayaran bil elektrik, air, telefon selain boleh mendapatkan ubat sekiranya tidak sihat,” katanya.

Sementara itu, Wan Hafiz Wan Mohamad, 21, penuntut Kolej Poly Tech Mara (KPTM) berkata kewujudan UTC itu juga membolehkan golongan belia dan pelajar KPTM  menjalankan pelbagai aktiviti sihat kerana terdapat gimnasium dan padang futsal di dalam bangunan tersebut.   – BERNAMA

Kategori