Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Siapa Wanita Misteri Bersama...

PAUL Pogba bersama seorang wanita berambut 'blonde' pada cuti musim panas di Los...

MAHA 2018 Iktiraf Wanita...

KEMAMAN - Langkah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengutamakan golongan wanita sempena...

Imigresen Melaka Selamatkan 30...

MELAKA - Sebanyak 30 wanita warga asing dipercayai mangsa pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan...

3 Atlit Perancis Antara...

TIGA personaliti sukan Perancis merupakan antara 10 mangsa korban helikopter yang terhempas  di Argentina, hari ini.Dalam...

Video: Bini Orang Kantoi Dicekup Bersama Mat Bangla

ALOR SETAR – Video seorang wanita ditangkap berdua-duaan dengan seorang pendatang asing warga Bangladesh menjadi tular di laman sosial baru-baru ini.

Dalam kejadian di Taman Jubli, di sini, kelmarin, wanita terbabit yang juga merupakan isteri orang dicekup orang ramai setelah menerima laporan daripada penduduk di kawasan tersebut.

Menerusi rakaman video berdurasi 1 minit 39 saat, wanita itu pada mulanya dilihat cuba mempertahankan lelaki warga asing itu dengan cuba melindungi wajah lelaki tersebut.

Malah dia turut dilihat cuba menolak beberapa kali individu yang merakam kejadian berkenaan.

“Ada lelaki tapi ikut jantan lain, bodoh,” ujar perakam video.

Wanita itu kemudian mendakwa teman lelaki itu merupakan seorang individu yang baik, sopan dan lebih bagus berbanding suaminya.


Tidak setakat itu, dia turut mempersoalkan mengapa hanya golongan lelaki sahaja yang boleh ‘diterima’ melakukan maksiat berbanding golongan wanita.

“Lelaki buat semua boleh saja tapi kalau perempuan buat semua salah,” kata wanita itu dalam loghat Kedah.

Tambah wanita itu, dia turut mendakwa tindakannya itu adalah atas kerelaan dirinya sendiri mengikut teman lelakinya ke rumah kosong terbabit.

Sementara itu netizen yang menyaksikan rakaman rata-ratanya mengecam teruk perlakuan biadap wanita itu yang secara jelas telah meruntuhkan rumah tangganya dan tidak kurang juga beranggapan wanita itu sememang seorang yang jahil tentang agama Islam. – MYNEWSHUB.CC 

Kategori