Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PRU-15: Ahmad Maslan Menang...

Pontian : Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan memenangi kerusi parlimen Pontian...

Gaza Ibarat Bom Jangka

GENTING GAZA - Penduduk Palestin di kejiranan Rimal di Genting Gaza kini berada...

Polis Tingkatkan Kawalan Keselamatan...

IPOH - Polis kini meningkatkan pemantauan dan rondaan di premis yang menyediakan kemudahan...

Isu Tahfiz DQI: Ibu...

MINGGU lalu, Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dituduh cuba seleweng wang derma orang...

Video: Ini Punca Majlis Kahwin Jadi Kecoh Berparang

GOMBAK – Majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi hari bahagia buat pasangan pengantin, bertukar kecoh selepas sekumpulan tetamu terdiri daripada konvoi motosikal membuat bising.

Dalam insiden tular Sabtu lalu, sekumpulan kira-kira 20 buah motosikal bergerak ke majlis itu diadakan di Dewan Pusat Komuniti Taman Melati Gombak dalam keadaan bising ekoran bunyian kuat daripada enjin motosikal.

Perkara tersebut lantas itu menimbulkan perasaan tidak senang para penduduk sekitar terutamanya di blok flat sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang terletak berhampiran.

Melalui rakaman, dapat dilihat bagaimana kumpulan ‘bebal’ terbabit cuba menunjukkan keistimewaan bunyian motosikal masing-masing iaitu dengan memulas pendikit minyak motosikal sebagai tanda ketibaan pengantin.

Perkara tersebut malahan berlanjutan sehinggalah menyebabkan berlaku bergaduhan besar antara mereka dengan beberapa penghuni flat.


Dalam video kedua pula, sekumpulan lelaki dipercayai penghuni flat tersebut bertindak menengking kumpulam motosikal berkenaan, selain memukul dan merosakkan beberapa buah motosikal.

Kedengaran si perakam dan seseorang daripada kumpulan motosikal itu memohon maaf atas insiden berkenaan dan kemudian bertindak melarikan diri dengan menaiki beberapa buah motosikal sebaik menyedari kehadiran polis.

Sementara itu, Bernama melaporkan Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan Ramli Kasa berkata, pihak polis telah menahan lima suspek lelaki dan masih memburu lima yang lain.

Kesemua suspek yang dalam lingkungan umur 30 sehingga 40 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan membawa senjata. – MYNEWSHUB.CC

Kategori