Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Bekas Penolong Jurutera Maidam...

KUALA TERENGGANU – Bekas penolong jurutera Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu...

Harga Petrol Turun 1...

HANCUR... Harapan tinggi rakyat Malaysia untuk nikmati harga runcit minyak lebih murah selama...

PRN Sarawak: Pertembungan Empat...

MUKAH : Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.57 Tellian secara rasmi akan menyaksikan...

Budak Lelaki 8 Tahun...

SEBERANG PERAI – Seorang kanak-kanak lelaki ditemui mati lemas di kawasan paya berhampiran...

Video: Jadi ‘Wanita’ Selama 20 Tahun Demi Ibu

RAKAMAN video seorang lelaki China berpakaian seperti perempuan demi menceriakan ibunya yang sudah uzur, menjadi tular di media sosial negara itu.

Lelaki berusia dalam lingkungan 50 tahun dari Guilin, wilayah Guangxi itu menunggang motosikal roda tiga, sementara ibunya duduk berehat di belakang.

Dia kemudian melayan dan menyuap makanan pada ibunya meskipun orang ramai memandang dengan pandangan yang aneh kerana dia memakai cheongsam berbunga biru.

Menurut portal Shanghaiist, lelaki itu berbuat demikian kerana bimbang dengan kesihatan ibunya yang mempunyai masalah mental ekoran teralu sedih dengan kematian anak perempuannya sejak 20 tahun lalu.

“Selepas kakak meninggal dunia, ibu mula menunjukkan tanda-tanda mengalami masalah mental kerana terlalu sedih .

“Jadi, untuk membuatkan dia kembali ceria seperti biasa, saya mula berpakaian seperti perempuan agar dia menyangka kakak saya telah kembali ke pangkuannya,” katanya.


Menurut lelaki itu, ibunya percaya dia adalah anak perempuannya yang kembali semula padanya.

“Dia sangat gembira, jadi saya terus melakukannya (berpakaian wanita), malah saya tidak mempunyai pakaian lelaki,” katanya lagi.

Sehingga kini, rakaman video berdurasi 90 saat yang dimuat naik di laman Weibo itu menerima lebih daripada 4.3 juta tontonan.

Sementara itu di dalam video tersebut, ibunya berkata lelaki itu kini adalah anak perempuanya.

“Anak perempuan saya telah mati. Sekarang, dialah anak saya,” kata warga emas itu.

Kedua beranak itu dilaporkan tidak mempunyai ahli keluarga yang lain dan lelaki itu menyara kehidupan mereka dengan bermain seruling. – MYNEWSHUB.CC

Kategori