Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Remaja Main Game Sampai...

JAKARTA - Gara-gara ketagih permainan video, seorang remaja Indonesia dilaporkan meninggal dunia setelah bermain...

Pemukiman Dekatkan Pemimpin Dengan...

PADANG RENGAS - Program pemukiman Menteri Besar Perak merupakan pendekatan yang sangat berkesan...

Kementerian Pendidikan Tak Pernah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan tidak pernah sama sekali mengabaikan kepentingan menguasai Bahasa...

Ifa Raziah Akui Dapat...

TIADA angin, tiada ribut.. tiba-tiba heboh di internet menyatakan penyanyi dan pelakon Ifa...

Video: Kecoh Depan Hospital Sungai Buloh… Apa Kes Ni?

SUNGAI BULOH – Suasana di pekarangan Hospital Sungai Buloh, di sini bertukar kecoh apabila berlaku insiden berebut seorang kanak-kanak berusia dua tahun membabitkan beberapa individu pada tengah hari Jumaat lalu.

Melalui rakaman berdurasi 1 minit 33 saat yang tular di media sosial, ia menyaksikan beberapa pengawal keselamatan hospital tersebut cuba untuk menenangkan keadaan.

Namun keadaan bertukar tegang apabila kanak-kanak berkenaan dilarikan menggunakan sebuah kereta berwarna hitam.

Malah, usaha pengawal keselamatan untuk mendapatkan kanak-kanak itu tidak berjaya apabila mereka dihalang pengawal peribadi sekumpulan individu terbabit sebelum beredar menggunakan sebuah lagi kenderaan berwarna putih.

Dalam video itu turut kedengaran bunyi raungan seorang wanita yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak yang dilarikan itu.

Sementara itu, pihak pengurusan Hospital Sungai Buloh dalam satu kenyataan menafikan wujud usaha sekumpulan individu untuk melarikan seorang pesakit kanak-kanak dari hospital terbabit.


Sebaliknya, pihak hospital menjelaskan kekecohan itu berpunca daripada isu perebutan giliran penjagaan anak.

Menurut kenyataan itu, isu penjagaan kanak-kanak terbabit telah pun diputuskan mahkamah sebelum ini terhadap keluarga tersebut.

“Bapa kanak-kanak tersebut telah mengambil anak keduanya dari penjagaan ibunya di hospital ini semasa menemani anak pertama dirawat di sini,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Sementara itu, orang ramai turut dinasihatkan agar tidak membuat sebarang andaian dan spekulasi menyebarkan cerita palsu berkaitan dengan insiden berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori