Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Cikgu Salahkan Sekolah Sebab...

SEORANG guru wanita dari Washington, Amerika Syarikat menyalahkan sekolah tempatnya mengajar yang menjadi...

Dua Lagi Kakitangan Portal...

KUALA LUMPUR- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan dua lagi kakitangan sebuah portal berita...

How-to Be a Superior...

The writers should have the ability to scrutinize the purchase for plagiarism. They...

Solat Sunat Aidilfitri Di...

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan solat sunat Aidilfitri 1439...

Video: Kisah Pahala Berganda Di Tanah Suci

SIAPA sangka orang yang kita langsung tidak kenal bakal bantu kita membuat ibadah.

Itulah yang terjadi di Tanah Suci Makkah apabila kejadian tersebut telah membuat ramai netizen terkesan dan bersimpati…

A disabled brother went to perform Umrah. He began making Tawaf,
watch what happened next. This is Islam.” – Sayda Zainab @Saydazainab143

Menerusi rakaman video dikongsikan wanita itu kelihatan seorang lelaki tua telah membantu seorang lelaki yang berkerusi roda untuk mengerjakan tawaf mengelilingi Kaabah.

Video itu dilaporkan telah tular di laman sosial Twitter sejak dimuat naik oleh Sayda pada 7 Julai sehingga mendapat perkongsian sebanyak 8,000 kali.

“Saya dah habis pusingan pertama. Kini saya dah mula penat,” kata lelaki muda yang berkerusi roda itu.

Tidak lama kemudian datang ‘penyelamat’ iaitu seorang lelaki yang baik hati untuk membantunya menghabiskan tawaf dengan langkah agak laju.

Lelaki yang berkerusi roda itu mengatakan bahawa mereka berdua bahkan tidak mengenali antara satu sama lain.

Difahamkan nama lelaki yang berkerusi roda itu ialah Omar Farooq manakala si lelaki tua itu pula hanya bernama Muhammad.

Apa yang agak menyayat hati apabila orang kelainan upaya tersebut kemudian terharu dengan tindakan lelaki tua itu dan berkata:

“Semoga Tuhan merahmati kamu. Semoga dia memberikan kamu syurga,” katanya sambil kedengaran tangisan si tua itu.

Omar juga telah berkata: “Nama awak Muhammad.. Semoga awak juga dikurniakan syurga seperti Nabi Muhammad SAW.”

Pada akhir video tersebut, kedua-dua mereka berpelukan dan lelaki berkerusi roda itu kelihatan menyapu air mata di wajahnya.

Bagaimanapun ada juga netizen yang mendakwa bahawa lelaki berkerusi roda itu sebenarnya sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.


Sebaliknya dia sedang membuat eksperimen sosial untuk menilai bagaimana mereka boleh tahu akan ada seorang lelaki tua membantu dia yang berkerusi roda itu menghabiskan tawaf?

VIDEO: Pahala Berganda Di Tanah Suci

VIDEO: Pahala Berganda Di Tanah Suci

VIDEO: Pahala Berganda Di Tanah Suci

“Lelaki ini bukannya cacat, dia sedang melakukan eksperimen sosial… Dia membiarkan sahaja lelaki tua itu menolaknya, tak bagus,” kata @everydaynoir.

Ada saja yang mempersoalkan tindakan lelaki itu kerana mereka berada di tempat suci dan perbuatan itu seolah-olah tidak menghormati kemuliaan Masjidil Haram.

Namun ada juga yang memuji tindakan si tua itu dan mengatakan tentang keindahan agama Islam.

Walau apa pun, tindakan lelaki tua tersebut haruslah dicontohi dan dijadikan teladan untuk semua orang tidak kira di mana.

Kalau nak buat baik, di mana mana saja boleh. Tolong orang terjatuh longkang pun
dikira pahal juga.. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ainaa Hafizah

Kategori