Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

PAS Muktamad Tolak Kerjasama...

MARANG - Apa yang ditunggu-tunggu sudah terjawab... PAS akhirnya memutuskan untuk tidak bekerjasama...

Polis Marin Semporna Rampas...

SEMPORNA - Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna merampas sebanyak 2,750 bungkus rokok jenis...

Mahkamah Putuskan 18 Pelajar...

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bersalah di atas pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain.Keputusan itu dibacakan hakim Mahkamah Tinggi Azman Abdullah hari ini, menurut laporan Astro Awani.Menurut keputusan itu, enam tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan, atas kesalahan membunuh dan bersubahat membunuh Allahyarham.12 penuntut lagi didapati bersalah di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana mencederakannya.Hakim akan membacakan hukuman terhadap tertuduh selepas ini, menurut laporan itu lagi.

Teksi Motosikal ‘Ojek’ Khas...

JAKARTA - Lebih banyak khidmat ojek atau teksi motosikal awam khusus untuk penumpang...

Video: “Macam Ni Baru Berbaloi Hantaran 30k”

RAKAMAN video seorang kanak-kanak perempuan baru berusia sembilan tahun yang hebat memasak bakĀ seorang tukang masak berpengalaman mula menjadi tular di media sosial.

Menerusi perkongsian video dimuat naik bapa saudaranya di laman Facebook, si cilik bernama Siti Nurfatihah Mohd. Faizi ini dilihat langsung tidak kekok untuk mengendalikan senduk dan periuk di dapur, termasuklah ‘bermain’ dengan api besar ketika memasak.

“Hebat Tihah.. darjah 3 dah pandai goreng nasi.. baru berbaloi hantaran 30k.. 😂,” tulis Khairul Hazmi pada kapsyen video.

Ibunya, Siti Norasiken Yusof ketika ditemui mStar Online memberitahu anaknya yang mesra dengan panggilan Tihah itu sememangnya didedahkan untuk memasak sejak masih bayi lagi.

“Sebab tu saya tak terkejut sangat dia minat masak, tapi saya akui dengan umurnya yang masih muda, kemahirannya itu agak luar biasa berbanding kanak-kanak lain,” katanya.

Tambah Siti Norasiken, sejak berumur lima tahun lagi Tihah sudah berminat untuk memegang senduk untuk memasak, tetapi dia tidak membenarkan anaknya memasak kerana keadaan fizikal yang masih kecil dan berbahaya.

Mengulas lebih lanjut, Siti mengatakan bakat anak bongsunya itu mula disedarinya ketika berumur tujuh tahun, apabila anaknya itu dilihat tidak kekok memotong ayam di kedai makannya yang terletak di Yong Peng, Johor.


Ketika berumur lapan tahun pula, Tihah dikatakan sudah pandai memasak nasi goreng, mi goreng dan pandai mengoreng telur mata.

Ajaibnya, si cilik itu tidak pernah diberikan pendidikan formal atau cara-cara membuat kerja dapur oleh ibunya, bahkan kanak-kanak itu hanya belajar melalui pemerhatian sahaja.

Ditanya mengenai faktor keselamatan anaknya, Siti Norasiken memberitahu bahawa dirinya sentiasa berpesan supaya anak berhati-hati ketika memasak.

“Kadang-kadang jerit (marah) juga kalau bahaya, tapi dia kata ‘tak apa kita (Tihah) pandai’,” kata wanita berusia 30 tahun itu.

Setakat berita ini ditulis, rakaman video berdurasi 39 saat yang menunjukkan aksi Tihah ‘bermain’ api itu telah menerima lebih daripada 352,000 tontonan dan mendapat 2,510 perkongsian di media sosial. –Ā MYNEWSHUB.CC

Kategori