KALIMATAN SELATAN – Rakaman video pasangan gay yang dicekup pihak berkuasa ketika melakukan serbuan di sebuah bilik hotel baru-baru ini menjadi tular menerusi laman sosial.
Lapor Tribunnews, anggota polis dari daerah Banjarmasin Timur yang diketuai Asisten Komisioner Desa Yulianti melakukan serbuan selepas menerima aduan daripada pemilik hotel yang curiga dengan tingkah laku dua penghuni itu, minggu lalu.
Dalam rakaman video berdurasi tiga minit 30 saat itu, polis pada mulanya mengetuk beberapa kali pintu bilik hotel berkenaan dan kedua penghuni terbabit mengambil masa 10 hingga 15 minit untuk membuka pintu.
Setelah memperkenalkan diri dan menyatakan tujuan kehadiran mereka di situ, penghuninya memberi keizinan kepada pihak berkuasa untuk melakukan pemeriksaan.
Ketika memasuki bilik tersebut, seorang lelaki yang berusia lingkungan 40-an dilihat tanpa berpakaian baring di atas katil.
Pihak berkuasa kemudian mengeledah bilik itu termasuk barang-barang peribadi dua lelaki berkenaan.
Polis kemudian meminta kad pengenalan mereka untuk direkodkan, selain melakukan pemeriksaan ke atas badan salah seorang lelaki terbabit.
Pada awalnya, pihak berkuasa tidak menemui apa-apa namun berasa aneh dengan kelakuan dua lelaki itu yang mengaku mereka bekerja di satu pejabat yang sama.
Tidak lama selepas itu, polis menemui sebotol gel berwarna biru, dipercayai minyak pelincir yang digunakan untuk melakukan hubungan seks.
Apabila ditanya, lelaki berbaju kelabu menyatakan gel itu baru dibeli dan ia belum digunakan lagi, malah cuba memberikan alasan gel itu digunakannya untuk bersama dengan isteri.
Malangnya keadaan botol itu menunjukkan bahawa gel itu telah digunakan dan perkara itu kemudiannya disoal anggota polis.
Selain itu, polis turut menemui tisu-tisu yang dipercayai telah digunakan selepas melakukan hubungan seksual, di dalam tong sampah bilik tersebut dan sehelai pakaian wanita yang mungkin dipakai lelaki terbabit.
Polis kemudian menahan kedua-dua lelaki terbabit yang disyaki telah melakukan hubungan seks di luar tabii, untuk tindakan selanjutnya. – MYNEWSHUB.CC