Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Seorang Lagi Meninggal Dunia...

KUALA LUMPUR - Terdapat satu kematian baharu dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Respon...

Pengkalan Kubor : Pukul...

TUMPAT (Kelantan) - Proses mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Anifah Aman Lawat Emiriah...

PUTRAJAYA - Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berlepas ke Emiriah Arab Bersatu...

Video: Mat Yo Menyombong...

RASANYA masih ramai lagi belum kebah dengan demam Piala Malaysia yang menyaksikan Pahang...

Video: Selamba Curi Telefon Dalam Kafe Siber

INSIDEN kecurian dan rompakan biasanya berlaku di tempat yang sunyi namun kini perkara itu tidak lagi termasuk dalam check list perompak sebelum melakukan kegiatan buruk itu.

Sebagai contoh, kes kecurian dikongsikan netizen yang dikenali sebagai Sir Azri ini terang-terangan menunjukkan kejadian curi telefon bimbit di lokasi yang ramai orang iaitu di kafe siber.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dapat dilihat suspek sengaja membalingkan duit syiling ke lantai berdekatan mangsa sebelum menepuk mangsa agar mengambil duit yang tercicir itu.

Ketika mangsa membongkokkan badan, pada masa itulah si durjana ni buat kerja.

Sebaik dapat mencapai telefon mangsa, suspek pura-pura ke belakang dan menyembunyikan barang curiannya di bawah papan kekunci komputer.

Seorang pelanggan kafe siber yang duduk berdekatan mangsa yang menyedari tindakan suspek kelihatan curiga dengan menoleh sebelum mengalihkan perhatian ke komputernya semula.


Menurut pelanggan tersebut yang dikenali sebagai Izzul Hakimi, dia bukanlah rakan subahat suspek seperti mana yang disebut orang ramai menerusi komen-komen yang ditinggalkan menerusi video tersebut.

Sebaliknya, dia ingatkan suspek adalah rakan kepada mangsa dan disebabkan itu dia tidak memberitahu mangsa mengenai handphone-nya yang telah dicuri suspek.

Buat anda semua di luar sana, sentiasa berhati-hati dengan persekitaran kerana sekali kita cuai, time tulah pencuri akan mengambil kesempatan terhadap anda. – MYNEWSHUB.CC

Kategori