Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Kilang Pemprosesan kayu Musnah...

KOTA BAHARU - Sebuah kilang pemprosesan kayu kerugian kira-kira RM25,000 dalam kebakaran di...

Pelajar Pedofil Malaysia: Biodata...

PELAJAR genius matematik Malaysia, Nur Fitri Azmeer Nordin,23, sememangnya mempunyai butir-butir peribadi yang...

Arul Kanda Nafi Dakwaan...

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy...

Finland Beri Penganggur Gaji...

HELSINKI - Ketika tokoh pembangkang terkenal Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menghina skim...

Wan Azizah Enggan Komen Perbalahan Azmin-Guan Eng

BALIK PULAU – Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail enggan diseret ke dalam perbalahan antara Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengenai kewujudan kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR).

Sebuah portal berita melaporkan Azmin sebagai berkata pada Rabu bahawa kerajaan Selangor diterajui PR masih wujud berikutan mandat yang diterimanya pada pilihan raya umum lepas, manakala Parti Amanah Negara (Amanah) adalah anggota gabungan Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, pada Khamis, Guan Eng menyangkal kenyataan Azmin itu dengan berkata “Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi.”

Apabila diminta mengulas tentang perkara itu, Wan Azizah, yang juga presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), hanya berkata, memenangi pilihan raya umum akan datang adalah lebih penting bagi pembangkang ketika ini.

“Azmin yang komen, komen lah…paling penting bagi kami ialah memenangi pilihan raya nanti,” katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Kerajaan Pulau Pinang di sini Sabtu.


PR dianggotai DAP, PAS dan PKR, sebelum dibubarkan pada Julai 2015 berikutan perbalahan antara PAS dan DAP.

Baru-baru ini, Majlis Syura PAS juga mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan politik dengan PKR, tetapi di Selangor, kedua-dua parti itu mengekalkan hubungan mereka bagi membolehkan tiga anggota dewan undangan negeri PAS terus menduduki kerusi exco hingga pilihan raya umum akan datang. – BERNAMA

Kategori